Pada 27hb May kami secara rasminya mula berpindah masuk ke rumah baru kami di Taman Assammara 3. Walaupun serba kekurangan dan kami gunakan sahaja apa yang ada pada rumah lama kami tapi kami tetap rasa bersyukur. Kerja2 mengangkut barang2 yang besar dan berat seperti Peti Ais, mesih basuh dan almari dibantu oleh rakan2 tempat sekerja. Memang penat. Mujur kebanyakan barang sudah siap di masukkan kedaam kotak. Barang2 yang mudah pecah awal2 lagi telah kami pindahkan menggunakan kereta sebelum tue. Boleh katakan 50% dah dipindahkan masuk.

Agak lama jugak nak memuatkan barangan dari rumah lama ke rumah baru. Mujur hanya satu trip perjalanan sahaja dah mencukupi. Masa nak masukkan barang ke rumah baru, Almari terpaksa dinaikkan melalui balkoni kerana tangga tak dapat digunakan. berpeluh juga nak naikkan almari tue keatas walaupun ada 6 orang yang membantu.

Apapun segalanya berjalan lancar dan petang juga baru siap memasukkan semua barang ke dalam rumah. Terima Kasih pada Abg Pin, Abg Nuar, Pak Mail, Ghazali, Cik Nain, Abg Din, Abg Wan dan Pmd Walsh kerana banyak membantu dalam proses pindah ke rumah baru nie.

Banyak lagi yang perlu dilakukan pada rumah nie. Diharapkan Rumah baru nie dapat membuka lembaran baru dalam hidup kami suami isteri.

Dalam 3 minggu kebelakangan nie memang sibuk sungguh. Boleh dikatakan setiap hari kami akan ke rumah baru Taman Assammara 3.  Ada sahaja kerja dan barang yang akan diangkut ke rumah baru.

Setakat nie hampir semua barang2 kecuali barang yang bersaiz besar dan tak muat untuk di muatkan di dalam kereta kami sahaja yang belum dibawa. Barang2 Kaca dan yang mudah pecah dan rosak telah kami bawa semuanya. Barangan Dapur dan pinggan mangkuk telah kami bawa siap2 dan terus susun kat kabinet dapur. Pasu2 dan barang hiasan terutama barang2 hadiah murid2 kepada org rumah pun dah bawak siap2 ke rumah baru.

Untuk pakaian pulak hari ni set bilik tidur yang kami tempah akan sampai petang nie. Jadi mulai malam nie dah boleh angkut pakaian yang ada kat rumah tue sikit2 pindah ke rumah baru. Dah boleh susun terus dalam almari. tinggalkan baju untuk dipakai esok dan lusa sahaja.

Insyallah pada hari khamis kami kami akan berpindah secara sepenuhnya. Pakai lori tempat kerja jer dan kawan2 sekerja untuk angkut barang. Brang yang tinggal pun tak banyak lagi. Minggu depan boleh lah rehat sikit. Lega..

Semalam teman basuh rumah dgn org rumah dan adik. Letih sungguh. Walaupun badan terasa kurang sihat tapi semngat nak masuk rumah baru tue, teman gagahkan jugak badan teman. Selepas disamak satu rumah dan membasuh siap ler dekat pukul 6.30 petang gak.

Hari badan teman lembik terus. Pergi klinik Az Zahra Kamunting, doktor kata teman mengalami demam alahan yang teruk. Mungkin disebabkan habuk dan cuaca panas. Mungkin badan dah makin tua dah….Tak sekuat dulu. Dapat MC 2 hari. Terpaksa ler org rumah teman jadik drebar 2 hari nie…….

Bulan ini saya amat sibuk dengan kerja2 persiapan pindah masuk rumah baru di Taman Assammara 3. Terlalu banyak yang nak di uruskan. Dari kemudahan seperti bekalan eletrik, bekalan air, astro dan talian telefon dan internet hinggalah ke pemasangan grill, pemasangan kabinet dapur, pemasangan lampu, kipas dan penghawa dingin. Memang meletihkan. Dan banyak jugalah dugaannya.

Setakat nie bekalan eletrik, bekalan air dan astro dah selesai tanpa banyak masalah. Pemasangan grill juga sudah sempurna. Pemasangan Kabinet Dapur juga hampir sempurna kecuali ada sikit2 perkara yang perlu disempurnakan. Penghawa dingin juga dah selesai, tinggal yang terpasang kat rumah sewa nie sahaja yang belum dipindahkan. Pemasangan lampu dan kipas pada hari sabtu nie.

Kepada para pengunjung blog ini boleh klik di halaman Rumahku Syurga, Terdapat koleksi gambar sepanjang projek pembinaan rumah ini hinggalah yang terkini. Boleh dikatakan setiap kali saya dan isteri datang berkunjung pasti saya akan mengambil gambar.

Persiapan yang letih dan banyak perkara yang cerewet untuk dibuat. Harap dipermudahkan oleh Allah Taala. Apa2 pun Insyallah dalam penghujung bulan nie kami akan berpindah masuk kerumah baru…….

Memang suatu yang tidak mengejutkan bila mana BN menang di PRK 094 Hulu Selangor. Kawasan ini merupakan antara kubu kuat BN secara tradisinya. Boleh dikatakan Bahagian utara Selangor masih merupakan Kubu Kuat BN.

Secara kasarnya tiada perubahan besar daripada PRU yang lepas kecuali peratusan undi rosak yang kurang hampir 2/3 dari yang dahulu. Dapat dilihat pengundi melayu dan india memberi impak yang besar pada kemenangan BN kali ini. Jumlah undi yang diterima juga lebih kurang sama cuma ada peningkatan pada undi yang diperolehi oleh BN. Mungkin lebih jitu jika saya sudah memperolehi data2 terperinci.

Namun ramalan awal saya BN 54% dan PR 46% menjadi kenyataan. Namun selepas ini PR kena berkerja keras. Kelemahan ketara ialah PR tidak mempunyai jentera pengurusan pilihanraya yang kemas dan tersusun. Tiada pemantaun yang berterusan pada daftar pemilih. Harus diingat terdapat 4 kali perubahan daftar undi setahun dan pada pandangan saya sangat kritikal untuk dipantau dan diperhalusi.  2 kali draf pertambahan daftar induk dan 2 kali draf daftar induk tambahan yang perlu dipantau dengan peka. Begitu juga dgn sempadan kawasan pilihanraya juga faktor penting yang perlu diperhatikan. Pengundi bersilang juga harus di lihat sebagai faktor penting. Pengundi bersilang ialah lokaliti berada di kawasan bersebelahan namun pusat mengundi di kawasan pemilihan. Disini biasa boleh berlaku swing tempat mengundi boleh berlaku.

Apapun tahniah atas kerja keras dan semangat yang kental dipamerkan oleh para petugas pilihanraya Pakatan Rakyat. Walaupun serba kurang namun anda telah buktikan bahawa anda punya kekuatan yang cukup hebat.

Alhamdulilah segala persiapan masuk ke rumah baru berjalan dengan lancar. Tiada masalah besar yang kami suami isteri hadapi. Kami jangka pada akhir bulan 5 kami dah mula pindah masuk ke rumah baru.

Setakat ini pemasangan grill telah berjaya disempurnakan. Urusan dengan TNB pun sudah bermula. Bayaran untuk naiktaraf dari single phase ke 3 phase telah dijelaskan hanya menunggu kerja2 dijalankan. Selepas tue baru boleh bayar deposit untuk pemasangan meter. Pemaju perumahan pula dalam fasa akhir menyiapkan pendawaian eletrik didalam rumah. Dalam minggu depan siaplah keseluruhanya. Tentang bekalan air telah diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat Pemaju.

Fasa selanjutnya pula ialah pemasangan lampu dan kipas dan insyallah Kabinet Dapur….

Pada hari jumaat lepas, Saya dan isteri ke pejabat perumahan untuk mengambil kunci rumah dan surat untuk memohon bekalan eletrik ke TNB. Nampaknya kerja2 untuk proses pindah masuk rumah sudah boleh dimulakan sekarang. Lega jugak lah walaupun tahu proses ini memakan masa dan kos yang banyak.

Untuk pemasangan grill insyalah dalam minggu nie dah boleh bermula. Yang lain terpaksa tunggu hingga TNB selesai memasang meter dan kerja2 pendawaian eletrik akhir selesai baru boleh mula. Lampu2 dan kipas2 semua sudah dibeli. Duit2 untuk kerja2 tambahan rumah juga dah mula dibayar sedikit. Sasaran semua kerja2 untuk masuk rumah baru nie siap dalam tempoh sebulan sebelum barang2 rumah dibawa masuk. Dalam bulan Jun, insyallah dah duduk rumah baru.

Rumah takder masalah yang besar. Cuma ada kebocoran pada bilik tidur utama itupun tak begitu serius dan masalah telah dibawa ke syarikat pemaju. Pengawasan tetap diteruskan seperti biasa. Walaupun mungkin nampak mcm fussy sikit tapi ini merupakan pelaburan terbesar yang kami suami isteri labur setakat nie…..