Politik


Baru2 nie panas dengan dakwaan mengenai JI dan Wahabi. Sampai Bukit Aman pun boleh mesyuarat. Yang hebatnya nama yang dikaitkan adalah Presiden PAS YB Dato` Seri Abdul Hadi Awang, Dato` Seri Shahidan Kassim, Mufti Perlis Dr Juanda dan Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Hebat Sungguh penangan JI nie.

Tapi hairan jugaklah bila dikaitkan tokoh2 berkenaan kepada isu mengancam keselamatan dalam negara. Persoalanya siapakah yang sebenarnya terancam? Adakah para pimpinan negara yang diterajui UMNO dan Barisan Nasional yang terasa terancam? Atau sekadar dummy politik untuk persiapan ke arah PRU yang akan datang?

Kalau nak dikatakan Presiden PAS terlibat….Harus di ingat bahawa JI di war warkan oleh pihak US laknatullah sebagai sebahagian dari komponen Al Qaeda…Jadi bagaimana Tuan Presiden PAS bebas bergerak di luar negara. Yang terbaru TGHH diberitakan telah melawat Turki. Adakah Episod sebuah Akhbar di UK disaman berulang kembali?

Kepada UMNO Barisan Nasional…gentleman lah sikit…..PRU pun tak jauh lagi….

Advertisements

Memang suatu yang tidak mengejutkan bila mana BN menang di PRK 094 Hulu Selangor. Kawasan ini merupakan antara kubu kuat BN secara tradisinya. Boleh dikatakan Bahagian utara Selangor masih merupakan Kubu Kuat BN.

Secara kasarnya tiada perubahan besar daripada PRU yang lepas kecuali peratusan undi rosak yang kurang hampir 2/3 dari yang dahulu. Dapat dilihat pengundi melayu dan india memberi impak yang besar pada kemenangan BN kali ini. Jumlah undi yang diterima juga lebih kurang sama cuma ada peningkatan pada undi yang diperolehi oleh BN. Mungkin lebih jitu jika saya sudah memperolehi data2 terperinci.

Namun ramalan awal saya BN 54% dan PR 46% menjadi kenyataan. Namun selepas ini PR kena berkerja keras. Kelemahan ketara ialah PR tidak mempunyai jentera pengurusan pilihanraya yang kemas dan tersusun. Tiada pemantaun yang berterusan pada daftar pemilih. Harus diingat terdapat 4 kali perubahan daftar undi setahun dan pada pandangan saya sangat kritikal untuk dipantau dan diperhalusi.  2 kali draf pertambahan daftar induk dan 2 kali draf daftar induk tambahan yang perlu dipantau dengan peka. Begitu juga dgn sempadan kawasan pilihanraya juga faktor penting yang perlu diperhatikan. Pengundi bersilang juga harus di lihat sebagai faktor penting. Pengundi bersilang ialah lokaliti berada di kawasan bersebelahan namun pusat mengundi di kawasan pemilihan. Disini biasa boleh berlaku swing tempat mengundi boleh berlaku.

Apapun tahniah atas kerja keras dan semangat yang kental dipamerkan oleh para petugas pilihanraya Pakatan Rakyat. Walaupun serba kurang namun anda telah buktikan bahawa anda punya kekuatan yang cukup hebat.

Secara jujurnya saya melihat peluang Calon Pakatan Rakyat, Dato` Zaid Ibrahim pada Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor agak sukar. Saya juga masih terkejut dgn pemilihan yang mengejutkan dari Ketua Umum Parti Keadilan Nasional, Dato` Seri Anwar Ibrahim. Saya melihat ia satu perjudian yang besar meletakkan calon seperti itu di kawasan landskap politiknya tidak begitu memihak kepada calon. Pada pandangan saya, Faktor2 yang mampu membawa kemenangan sesuatu calon di kawasan seperti di Hulu Selangor terletak pada kekuatan calon itu sendiri serta isu2 tempatan yan berligar disekitar kehidupan para pengundi disitu. Faktor lain seperti isu nasional dan antarabangsa tidak membawa kesan yang besar dan tidak mampu menjadi satu turning point dalam pertandingan di kawasan seperti ini.

Kekuatan calon parti yang bertanding merupakan faktor terbesar. Ia memainkan peranan utama yang mampu menarik perhatian para pengundi terutama pengundi atas pagar @ pengundi yan berada di Zon Kelabu. Setiap aspek calon diperhatikan. Latar Belakang beliau, keperibadian calon, dan semua aspek yang mampu menampakkan calon sebagai wakil rakyat dikawasan tersebut. Sebagaiman kita lihat terkuburnya G Palanivel pada PRU lepas setelah selesa selama 3 penggal di situ. Bilamana pertembungan antara Allahyarham Dato` Zainal Abidin Ahmad dgn G Palanivel pada PRU, kedua calon merupakan antara pemimpin yang cukup berpengalaman. G Palanivel selaku Timbalan Menteri ketika itu juga penyandang kerusi Timbalan Presiden MIC merupakan calon yang hebat diatas kertas. Allahyarham Dato` Zainal Abidin Ahmad juga merupakan calon berpengalaman. Ketika dalam UMNO beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor dan juga EXCO Kanan dalam Kerajaan Negeri. Beliau juga lama menyandang kerusi ADUN. Dari segi keperibadian pula Dato` Zainal Abidin Ahmad lebih disenangi rakyat. Walaupun sebenarnya beliau telah lama menderita dgn penyakit Barah namun beliau lebih mudah didampingi rakyat. Rakyat juga lebih senang dgn sikap dan penampilan allahyarham yang lebih bersederhana, kerap turun padang bersama rakyat dan sentiasa murah dgn senyuman berbanding dgn G Palanivel yang lebih dilihat sebagai pemimpin dari golongan bangsawan dan bersikap elitis. Dan ditunjukkan pada keputusan PRU yang lalu dimana di DUN Hulu Bernam, UMNO menang majoriti lebih seribu undi, di DUN Kuala Kubu Baharu, UMNO juga menang dengan majoriti lebih seribu undi dan di DUN Batang Kali, MCA yan ketika menghadapi krisis keyakinan kaum cina menang lebih kurang 450 undi. Ketika itu Allahyarham menang dengan majoriti 198 undi dan undi rosak lebih kurang 1500 undi. Satu angka yang sepatutnya menjadi topik analisa para think tank…..

Faktor isu2 tempatan juga memainkan peranan yang penting. Penglibatan calon dalam aktivii masyarakat seperti kenduri kendara dan kematian sangat penting. Lebih banyak dan lebih kerap aktiviti melibatkan masyarakat serta menyeluruh disegenap kawasan liputan pentadbiran maka lebih dekatlah dihati rakyat. Calon juga perlu memaksimakan kelibat di khalayak umum di kawasan yang ditandingi baik sebelum, semasa dan selepas pilihanraya. Tidak cukup sekadar hanya gah di dada akhbar @ di layar TV. Calon juga perlu peka dan sensitif dgn apa yang berlaku pada persekitarannya. Isu2 sensitif seperti rumah2 ibadat, tanah adat dan pemilikan tanah juga memainkan peranan yang penting. Salah satu contoh terbaik ialah tumbangnya calon BN di DUN Sungai Besar (1999) dan DUN Sekinchan ( 1999 – Kini ) yang melibatkan isu pengambilan tanah. Di DUN Sungai Besar yang ketika itu dibawah Parlimen Sabak Bernam, terdapat protes besar besaran terhadap calon BN ketika itu. Kawasan Peti Undi terutama di Kawasan Bendang dan Bagan2 Cina mengalami kekalahan. Namun begitu undi untuk BN bagi kerusi Parlimen langsung tidak terjejas. Begitu juga bagi DUN Sekinchan. MCA hilang penguasaan di kawasan pekan serta bagan.

Perkara ini harus diambil berat oleh pembuat keputusan Pakatan Rakyat. Ia memainkan peranan besar sebagai penentu menang kalah dalam satu2 pilihanraya. Haruslah diingatkan bahawa majoriti pengundi di Kawasan ini masih hidup dilingari dgn norma2 adat dan agama yang tebal disekeliling mereka. Mereka bagaikan terperangkap dalam kepompong yang sudah terbentuk sekian lama mengikut acuan tempatan. Apapun Selamat Berjuang kepada yang bertanding….

Pada malam tadi Ketua Umum PKR, Dato` Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan calon Pakatan Rakyat dari PKR bagi pilihanraya kecil P094 Hulu Selangor adalah Dato` Zaid Ibrahim. Barisan Nasional dijangka mengumumkan calon mereka pada hari khamis.

Dalam dunia cyber perang menjadi lebih hangat dimana kedua dua belah pihak sudah mempercepatkan ritma serangan keatas satu sama lain. Dalam Facebook pun sudah mcm2 yang mula keluar. Secara jujur saya melihat pemilihan Dato` Zaid Ibrahim menuntut kerja keras dari jentera pilihanraya Pakatan Rakyat. Cuma yang dibimbangkan ialah siaran2 radio karat yang menyatakan ada pihak dalam Pakatan Rakyat x setuju dengan pencalonan ini. Namun harapnya dapat di atasi oleh DSAI. Jika calon dari BN dikhabarkan anak tempatan, kerja harus 2-3 kali lipat ganda.

Pilihanraya ini akan menguji sejauh mana pemulihan dalam MCA dan MIC. Ujian pertama untuk Dr Chua Soi Lek dalam mengemudi MCA berdepan dgn PRK yang pertama dalam tahun 2010 setelah deretan PRK pada 2009. MCA yang baru selesai EGMnya pasti akan cuba melakukan sesuatu untuk menunjukkan bahawa mereka sedia bertempur dgn gagah. MIC pula melihat inilah peluang untuk mereka bangun selepas dimalukan sebegitu teruk dalam PRU yang lepas. Tak pernah dalam sejarah MIC dalam keadaan yang sebegini daif.

Dalam PRK ini menuntut jentera PR beroperasi dalam keadaan optimum dan effisen. Dgn bilangan daftar pemilih hampir 64 ribu orang, hampir sekali ganda dgn jumlah pemilih parlimen sabak bernam dan meliputi kawasan yang cukup luas pasti memberi cabaran untuk jentera pakatan rakyat. Harap2 nya semua pihak bersatu dalam usaha mempertahankan kerusi PR di P094 Hulu Selangor….

Nampaknya harapan untuk melihat PRK DUN Titi Tinggi tidak kesampaian setelah penyandangnya menarik balik surat peletakan jawatanya berkecai, Kini PRK Parlimen Hulu Selangor pula telah menjelma. Penyandang Allahyarham YB Dato` Dr Zainal Abidin meninggal dunia kerana penyakit Barah Otak. Lama juga teman dengar Arwah menderita sakit tersebut. Pada PRU yang lepas arwah telah menewaskan Timbalan Presiden G Palanivel dengan kemenangan yang begitu tipis.

Arwah yang saya kenal seorang yang lemah lembut. Sungguh bersederhana dalam serba serbi hidupnya. Kehilanganya meninggalkan jasa yang bukan sedikit untuk negeri Selangor. Selaku Bekas Timbalan Menteri besar dan EXCO banyak jasa yang dicurahkan ketika dalam UMNO. Nampaknya PKR kehilangan seorang pemimpin yang begitu berpengalaman dalam usaha menterjemahkan manifestasi asas perjuangan PKR.

Pada pandangan teman piliharaya kecil ini bakal menjadi medan menguji adakah gagasan 1Malaysia diterima baik ataupun tidak. Dari segi pecahan hanya kerusi Parlimen Hulu Selangor sahaja yang tumbang. Namun 3 kerusi DUN ( 2 UMNO 1 MCA ) didalam kawasan Parlimen tersebut masih gagah dibawah penguasaan BN. Namun begitu walaupun dalam kedudukan yang sedemikian peluang dilihat lebih seimbang dan sebarang kesilapan boleh membawa padah pada pihak2 yang bertanding. Disini juga adalah kayu pengukur kepada MIC jika diberi peluang sekali lagi oleh BN untuk bertanding adakah parti itu sudah kembali kepada kekuatan asal atau sekadar setunggul kayu yang sedang mereput di makan anai anai.

Apapun nampaknya gendang perang sudah mula di palu….Segala persiapan bala tentera berserta dengan kelangkapan persenjataan sudah pun bermula. Nampaknya bertembung 2 kuasa besar politik dalam negara ini akan bertembung sekali lagi buat sekian kalinya…..Mari kita lihat siapa yang kena…….

Ketika ini baru jer sampai kat rumah….memang cuti sakan teman kali nie…….dari Taiping teman pulang ke Terengganu. Selepas tu turun ke Kuala Lumpur pula. Lepas tue balik ke Sabak Bernam. Memang road tour sungguh kali nie. Di Sabak Bernam bertempek tempek poster KJ, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Memang hebat sungguh sambutannya.  Sungguh Dasyhat. Tapi bila tengok tentative program lawatan KJ mcm ada yang tak kena jer…

Pada sebelah pagi dan petang mmg sesuailah dgn jawatan beliau selaku ketua pemuda UMNO malaysia tetapi salah satu program iaitu merasmikan mesyuarat PIBG dan hari penyampaian hadiah bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena tue macam tak sesuai. Hairan juga….atas kapasiti apa si KJ boleh dipanggil…nak kata bekas pelajar jauh sekali….entah dia tahu ke tidak sabak bernam tue dimana…tahu pun pasal dia duduk berhampiran dgn MP Sabak Bernam…Rahman Botak…..nak kata atas kapasiti MP…rembau dgn sabak bernam bukannya dekat….lebih 2 marhalah…Apa yang difikir dek Hj Halim selaku yang dipertua PIBG SMK Seri Bedena pun entah ler teman tak tahu. Apa faedahnya dijemputnya si KJ nie. Kalau Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Razali Ibrahim tue mungkinlah sebab dia Timbalan Menteri Belia dan Sukan..ada lah sakut2 sikit…Mungkin Hj Halim harap KJ tolong up kan nama dia untuk jadi calon pada PRU 13 selepas asyik melepas berkali kali. Tapi apa faedah yang SMK Seri Bedena dapat dari datangnya si KJ?

Itu masalahnya kerajaan sekarang. Buat peraturan dia sendiri yang langgar. entah ler…..PIBG sekolah pun kalau dah kat kepala asyik terbayang pangkat dan jawatan pun pening. Tak difikirkan kemajuan sekolah. Apa yang boleh sekolah perolehi manfaat. Kan lebih molek di bawa org2 besar yang ader kaitan dgn pendidikan dan pembangunan murid dan belia. Mungkin dapatlah dibantu sedikit sedikit sekolah. Mungkin dapat manfaat dari lawatan tue. Bukan manfaat golongan tertentu. Kemudian bila si KJ hadir bersama juak2 dan apit lempang kiri dan kanan…penuh padang SMK Seri Bedena dengan deretan kereta2 mewah milik Ketua2 Pemuda UMNO Bahagian dan Negeri. Apakah ini kemegahan yang hendak ditunjukkan? Masuklah UMNO kalau nak pakai kereta macam aku kah slogan yang cuba dibawa kepada org2 Sabak Bernam…emmmm….alahai……belum lagi dgn tindakan kurang sopan apit2 lempang dan juak2 si KJ merokok dalam kawasan sekolah…kalau budak2 hingusan takperlah, ini peringkat pimpinan….alamat melingkuplah jawabnya….

Lain2 program adalah anjuran parti jadi bersesuaian lah kalau si KJ dijemput. Bila kepentingan diri di letak di depan….maka makin cepatlah UMNO tue mereput dgn sendirinya…..biarlah kita tgk sejauh tarian yang di tari kan……………

Nampaknya penyakit lompat lompatan beralih kepada keluar keluaran dah pulak. Satu persatu Ahli Parlimen PKR keluar menjadi MP bebas. Dari DS Zahrain hinggalah ke YB Mohsein. Dulu ADUN punya level sekarang naik pangkat ker MP pulak yang berpesta pestaan. Yang pasti lepas kerajaan PR Perak tumbang kini giliran Ketua Umum PKR pula hilang majoriti dalam kedudukan kerusi pembangkang. Namun kesepakatan dalam PR terus mengekalkan DSAI sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen.

Cuma dalam kes YB Zukifli Noordin sahaja yang agak unik kerana beliau dipecat. Dengan sendiri menjadi MP Bebas. Namun begitu ia sekadar menambah rencah haru biru yang berlaku. Pelbagai kisah, spekulasi dan tanggapan yang timbul akibat dari perkara ini namun perkara yang paling penting Pakatan Rakyat perlu mengambil iktibar dari semua perkara ini.

Dalam ketika rakyat sedang melihat bagaimana satu pilihan lain untuk Barisan Nasional, Pakatan Rakyat harus cepat belajar dalam perkara ini. Perkara2 yang boleh mendedahkan Pakatan Rakyat kepada masalah dan memberi ruang dan peluang untuk Barisan Nasional yang diketahui punya segala keupayaan dan kekuatan untuk menyerang dari segenap sudut harus di minimakan ke tahap yang serendah mungkin. Di samping itu Pakatan rakyat harus membangunkan segenap kekuatan dan kelebihan sebagai senjata untuk mengasak lawan.

PKR merupakan parti komponen termuda dan majoriti terdiri dari bekas2 ahli UMNO harus punya mentaliti baru. Tradisi2 UMNO yang baik mungkin boleh terus dibawa tetapi yang buruk tolong tinggalkan diluar. Barisan pimpinan harus segera memikirkan cara dan melaksanakan langkah mengukuhkan parti terutama di peringkat akar umbi yang dilihat goyah.

Apapun perlu ada perubahan….jangan sampai asyik dipatuk oleh ular yang sama dan di lubang sama berkali kali. kelak kita diketawakan nanti.

Laman Berikutnya »