Pendidikan


Semalam adalah hari yang mendebarkan untuk ribuan pelajar tahun 6 diseluruh negara. Dan yang paling berdebar mengalahkan pelajar2 itu sendiri sudah pastilah ibu bapa yang begitu mengharapkan kemanisan dalam merayakan kejayaan anak2 mereka. Tidak boleh juga menyalahkan mereka kerana tuntutan persekitaran yang terhidang dengan saingan yang begitu sengit dan mencabar meningkatkan keperluan sesuatu kecemerlangan sabagai salah satu kunci kejayaaan.

Sejumlah 48,171 calon UPSR memperolehi semua A dalam peperiksaan UPSR. Satu jumlah yang begitu tinggi sekali. Pastinya topik hangat di mana mana dikalangan ibubapa ialah berapa A yang anak2 masing dapat dan sekolah mana yang anak2 ini akan disekolahkan. Pastinya ramai ibu bapa mengidamkan anak2 mereka bersekolah di Sekolah yang mempunyai prestij dan reputasi yang tinggi. Sekolah2 Berasrama Penuh, Maktab2 Rendah Sains MARA dan sekolah2 elit yang lain jadi rebutan dan tumpuan para ibubapa bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan anak2 ini di peringkat UPSR dan diulangi pada Peringkat PMR nanti.

Dahulu sekolah berasrama penuh dan sama waktu denganya merupakan Sekolah Elit yang banyak melahirkan para pemimpin, ilmuwan dan cendikiawan negara. Status sekolah yang terpilih ini meyebabkan ramai ibubapa mengimpikan anak mereka dapat melanjutkan pelajaran ke situ. Namun tempat yang terhad ditambah dengan saingan yang maha sengit meyebabkan ruang dan peluang agak sukar. Ini menyebabkan ader ibu bapa yang tak dapat pintu depan masuk ikut tingkap pun jadilah.

Konsep Sekolah Berasrama Penuh ini teman nampak [erlu diubahsuai dan dimantapkan lagi. Sistem yang ada sekarang bagi teman sudah lapok dan tidak releven dalam memenuhi tuntutan negara maju. Bagi teman tidak perlu menambah lagi bilangan SBP sebaliknya menaiktaraf SBP dan menjadikan SBP sekolah elit dalam ertikata sebenarnya. SBP merupakan kilang penghasilan produk sumber manusia yang elit untuk negara. Majoriti para pemimpin, profesional, ilmuwan dan cendikiawan lahir disini. Dalam memastikan end produk memenuhi kehendak dan keperluan semasa SBP juga sudah semestinya berubah. Perlunya penambahnilai dalam memastikan kualiti end produk meningkat.

Pernilaian secara berterusan perlu dalam memastikan penghasilan yang baik. Bagi memastikan produk yang dihasilkan bermutu segala aspek perlu diberi penekanan. QC adalah satu langkah berterusan yang dijalan selari dengan proses penghasilan. Setiap pelajar haruslah dipantau bukan sahaja dari pencapaian kurikulum tetapi juga kokurikulum yang menyumbangkan peratusan besar dalam pembentukan soft skill bagi para pelajar. Bagi pelajar yang tidak memenuhi standard dan piawaian yang ditetapkan dari segi kurikulum dan ko kurikulum seharusnya di tunjukkan haluan yang lain. Sebagai contoh tiada tindakan dibuat jika pelajar itu bermasalah dari segi akademik dan disiplin. Para pegawai kementerian pula seolah takut dengan ibubapa pelajar terutama ibu bapa pelajar berlembaga besar yang mempunyai pangkat, kuasa dan selera yang besar.

Selain daripada itu sistem pengurusan dan pembelajaran juga perlu dirombak. Perlu ada tambah nilai dan eksklusif dalam memastikan status elit itu terus kekal. Ini kerana keperluan untuk  produk yang profesional semakin bertambah dan kompleks. Pembangunan seimbang dari segi fizikal dan mental yang amatlah perlu ditekankan. Kerana mereka adalah barisan hadapn yang akan memacu negara pada masa akan datang.

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan.

> Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le…. Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut.

> Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut.
Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu
seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya.
Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? Alah…bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya!

Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut. So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut. Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka
ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan ‘harta’, maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !

Semoga menjadi panduan buat kita semua……

Terima Kasih Saudara petaimanis dari http://www.viostuners.proboards.com/

Saya ingin memberi setinggi tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada para pejuang2 bahasa yang selama ini bertungkus lumus dalam mendaulatkan Bahasa Melayu dalam sistem pembelajaran kebangsaan. Dengan pengisytiharan 2014 sebagai tahun pemansuhan sepenuhnya dasar PPSMI bermaksud bermula lah cabaran kepada pakar2 bahasa untuk membuktikan kepada dunia bahawa bahasa melayu adalah bahasa yang kukuh, mapan dan mantap.

Stigma bahawa DBP dan pendokong bahasa adalah lembik, tak berfungsi dan tidur harus ditangkis. Dan seharusnya langkah selanjutnya meminta menguatkuasakan kedaulatan Bahasa Melayu supaya tidak lagi diperlekeh. Tuntutan supaya Bahasa Melayu ini diperkasakan perlu diterjemahkan dalam bentuk penguatkuasaan undang2. Pihak2 yang mempersendakan Bahasa Melayu, yang memandang sepi Bahasa Melayu dan yang kurang ajar pada Bahasa Melayu perlu diajar bagaimana mendaulatkan Bahasa Melayu.

Kita tidak mahu lagi dengar dan lihat di Papan2 Tanda Kedai, di Iklan2 yang bergantung di tepi jalan, Iklan2 di media cetak dan eletronik kesalahan ejaan dan tatabahasa yang serius. Perogol2 bahasa ini harus dihukum. Perkasanya bahasa bila ramai orang menghormatinya. Daulatnya Bahasa bila mana org tahu menggunakan dengan betul.

Saya mencadangkan agar Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) kini perlu diubah kepada Gerakan Daulatkan Bahasa Melayu (GDBM). Perlu kesinambungan dalam perjuangan ini. Para Pejuang bahasa, usaha mu belum tamat lagi. Jika tidak mahu Bahasa Melayu senasib dgn bahasa latin, semarakkan lagilah api perjuangan mu itu.

Entah mengapa sejak akhir2 ini polemik Bahasa Inggeris terlalu ditekankan. Entah mengapa saya sendiri naik tak faham. Alasan yang diguna oleh pihak majikan ( Majoriti Bukan Islam dan Melayu ) menyatakan bahawa graduan dan lepasan sistem pendidikan tak fasih berbahasa inggeris menyebabkan mereka tidak memilih mereka sebagai pekerja hanya polemik semata mata. Yang lagi saya tak faham macam mana kerajaan boleh tunduk pada tokey2 besar nie dengan membuat dasar yang tidak masuk akal seperti PPSMI. Adakah kerana pimpinan kerajaan hanya membuat helah atau kenyap ( Kenyang dan Senyap ) di suap dek tokey2 besar?

Pada pemerhatian saya polemik ini bermula bila negara dilanda kegawatan ekonomi pada akhir 90an. Dimana begitu ramai siswazah menganggur ( mcm saya jugak waktu tu ). Tapi betulkah siswazah kita tak fasih bahasa inggeris? Siswazah cina dan india tue fasih sangat ker? Saya rasa kalau ada pun hanya sedikit. Tapi pengalaman saya pergi entah berapa ratus dan ribu kali temuduga pada peringkat awal mmg tokey2 besar nie letak syarat bahasa inggeris tapi bila dah masuk yang tapisan akhir dia letak sayarat tambahan iaitu bahasa mandarin. Apa kejadahnya letak syarat bahasa mandarin. Temuduga hanya sekadar topeng semata mata. Baik letak terus syarat hanya untuk bangsa yang makan khinzir sahaja. Kan mudah. Tak lah letih sangat nak ulang alik temuduga tue. Nak Harap kerja kerajaan kalau takder cable sebesar longkang payahlah nak dapat.

Balik kepada cadangan TPM tersebut adakah kita bersedia untuk menerima 30% calon SPM ( Majoriti Melayu dan Islam ) gagal SPM? Kalau tak silap kadar purata lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM berlegar pada sekitar 70% hingga 80%. Adakah sudah ada perancangan dan strategi yang komprehensif untuk menangani masalah ini. Atau sekadar turunkan markah lulus mata pelajaran bahasa inggeris dapat selesaikan masalah ini? Persoalan ini perlu dijawab oleh lembaga2 besar dan hitam yang duk tertungguk kat Kementerian Pelajaran Malaysia!!

Pada hemat saya ini sekadar polemik hasil rentetan isu PPSMI yang di bantah hebat oleh rakyat. Kemeterian Pemdidikan harus kemukan pelan tindakan pelaksanaan dan hanya dilaksanakan bila sistem pendidikan sudah benar2 bersedia untuk dilaksanakan. Bukan secara tergesa gesa dan membuta tuli. Ingatlah yang dipertaruhkan ialah masa depan anak2 kita yang islam dan yang melayu. Ini bukan satu pelemik politik ataupun bahan ujikaji yang boleh dibuat main2.

Dewasa ini kita dapat lihat pusat tuisyen tumbuh bagai cendawan yang malar segar, Tanaga Pengajar? Dikalangan cikgu2 jugaklah jugak,  Ada jugalah peluang cikgu2 nak cari part time, Kalau Pusat2 Tuisyen yang terkenal cikgu2 dia adalah dikalangan Pemeriksa2 kertas soalan dan penggubal soalan peperiksaan awam sperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Begitu tinggi permintaan menyebabkan harga tusiyen melambung naik. Macam saham juga lah, semakin banyak penawaran semakin tinggilah harganya.

Bagi saya ini menunjukkan bagaimana begitu tertekannya ibubapa sekarang dalam memastikan anak berjaya. Faktor persaingan yang begitu sengit dalam bidang sosio ekonomi menuntut pelaburan yang begitu besar dari ibubapa. Dikawasan pembangunan utama seperti lembah klang, pulau pinang dan johor bharu saya yakin hampir RM200.00 sebulan dan mungkin lebih diperuntukkan oleh ibu bapa untuk tuisyen anak sahaja. Ini menekan ibubapa supaya berusaha menjana pendapatan sampingan bagi memenuhi tuntutan kewangan keluarga. Rata2 golongan kelas menengah bawah yang punya pendapatan purata isi rumah lebih kurang RM3000.00 sebulan mempunyai 2 pekerjaan dalam sesuatu masa. Mungkin pagi hingga petang berada di pejabat sebagai pembantu tadbir dan disebelah malam jadi peniaga pasar malam. Keadaan ekonomi dengan harga barangan keperluan semakin meningkat lebih menekan mereka.

Apatah lagi saingan merebut tempat ke SBP dan IPTA semakin sengit. Bilangan pelajar yang cemerlang juga semakin meningkat. Memaksa ibubapa menekan anak2 untuk mencatatkan sesuatu yang extraordinary sebagi satu aset dalam persaingan sengit. Dengan ini anak2 terus ditekan secara terus menerus dalam memastikan kejayaan akademik mereka. Ada yang seawal darjah 1 sudah dihantar ke macam2 kelas tambahan, kem motivasi dalam memastikan persiapan anak2 menuju ke peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Dengan ini hubungan anak dengan ibubapa menjadi renggang. Ibubapa tidak punya banyak masa dengan anak2, Dengan kerja hakiki ditambah dengan kerja sampingan demi untuk menjana pendapatan menyebabkan ibubapa tiada masa untuk anak2. Segala pendidikan asas sudah disubkontrakan kepada pihak ke 2 dan 3. Ada yang lebih malang lagi pendidikan agama langsung terabai dek penangan untuk mengejar pencapaian akedemik pada peperiksaan awam. Tanyalah para ustazah2 dan ustaz2 di sekolah, bilangan yang buta jawi, ( dah kompom alquran tak tahu ) cukup menakutkan. Isteri saya yang mengajar di Sekolah Berasrama Penuh pun terdapat murid2 yang buta jawi. Sekolah dimana murid2nya terpilih, dan mencatatkan keputusan yang baik di UPSR dan PMR. Bagaimana lah pula keadaan di Sekolah harian di luar sana?

Ibubapa menganggap anak2 mereka umpama angsa bertelurkan emas. Dengan pelaburan yang begitu tinggi, dengan memenuhi segala kehendak dan keperluan anak, mereka beranggapan bahawa anak itu tak mungkin gagal. Kalau gagal tu salah org lain, salah cikgu, salah kawan2 dan salah masyarakat. Bukan salah ibubapa dan anak. Mereka beranggapan segala yang diperlukan oleh anak itu sudah mereka penuhi.

Tapi mereka lupa perkara yang paling penting dan yang paling asas iaitu didalam hati mereka perlu disemai kasih sayang dan cinta kepada ibubapa, keluarga dan masyarakat. Hati mereka wajib di isi dengan iman dan takwa kepada Allah dan Rasulnya. Sentiasa dalam hati mereka ruh islam yang kukuh sebagai perisai dalam memenuhi pengharapan dan cita2 mereka, keluarga dan masyarakat. Insyallah jika mereka tersesat mereka akan mampu pulang ke pangkal jalan. Kita renung2kan lah.

Cabaran terbesar seorang cikgu dewasa ini bagaimana untuk menangani murid2 zaman moden ini yang lebih sofistikated. Murid era abad 21 ini jauh berbeza sekali jika kita bandingkan dengan murid era 60an, 70an dan 80an. Amat jauh berbeza sekali. Dari segi sikap, metaliti, asas agama, malahan bilangan juga amatlah berbeza sekali. Dapat juga kita lihat bagaimana murid2 pada ketika ini kelihatan begitu terdesak memenuhi piawaian, kehendak, pengharapan dan cita2 yang begitu tinggi sekali daripada diri sendiri, ibubapa, keluarga dan masyarakat. Tekanan dan asakan dari luar dan dalam ditambah dengan asas sosio ekonomi keluarga dan masyarakat yang jauh sudah berubah menyebabkan murid2 ini menjadi satu kelompok yang begitu sukar untuk ditangani oleh cikgu2.

 Faktor murid ini amat berkait rapat dengan ibubapa dan masyarakat yang membentuk asas kepada murid tersebut. Kita boleh lihat bagaimana begitu berbeza sekali murid2 yang datang dari kuaters kerajaan, taman perumahan, tanah rancangan felda, kampung tradisional dan setinggan. Gaya pemikiran mereka begitu berbeza sekali. Ini kerana keluarga dan masyarakat sekeliling yang membentuk asas kepada murid tersebut. tahap sasaran mereka juga berbeza beza. Kalau di kawasan yang tahap sosioekonomi nya masih rendah kita masih lagi dapat dengar jika guru bertanya apa cita2 murid, masih lagi ada yang sebut askar, jururawat, guru dan polis. Ada juga yang advance tetapi  bilangan mereka agak sedikit. Kalau dikawasan yang sosioekonomi yang tinggi kedengaran cita2 untuk jadi jurutera, arkitek, pensyarah dan doktor merupakan sesuatu yang amat sinonim.

Namun begitu ada satu persamaan antara dua kelompok yang besar ini, dalam fikiran mereka sudah ditanam untuk belajar setinggi yang boleh, habis belajar cepat2 kerja, beli kereta dan kahwin. Kereta kalau boleh yang terhebat dan terkini di Pasaran. Murid2 ini terdesak untk melakukan satu pencapaian yang mesti jauh lebih hebat yang dicapai oleh keluarga mereka. Kalau ibubapanya pakai kereta proton wira paling lekeh anak dia mesti pakai Toyota Vios. Kalau Ibubapa kerja Pembantu Tadbir @ Operator Kilang, anak mereka paling tidak juruteknik @ Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Ini amat berbeza jika kita bandingkan dengan murid2 pada era 50an hingga 80an dimana ibubapa tidak begitu menekankan sasaran akademik pencapaian sosioekonomi. Pada waktu itu ibubapa lebih menekankan aspek pembangunan rohani anak2, Apa yang mereka mahu anak2 menjadi insan yang berfungsi sebagai anggota keluarga dan masyarakat yang baik. Sebagai satu contoh ububapa lebih pentingkan kehadiran tuisyen anak2 daripada menghadiri kenduri kendara saudara mara pada waktu cuti sekolah.

Bagaimana harus kita imbangi antara tuntutan pembangunan sosioekonomi anak2 dengan pembangunan insan anak2? Kita renung renungkan lah!

Balik petang semalam isteri saya bersungut tentang sekolah. Kesian saya lihat suri dalam hidup saya nie. Memang dia letih pun. Cikgu sekarang bukan macam cikgu dahulu. Petang sempat lagi main sepak takraw dengan org kampung. cikgu la nie jangan harap lah. Dengan urus rumahtangga lagi.  Memang takde masa lah nak campur dgn masyarakat sekeliling.

Burden work yang teruk tanpa perlindungan yang cukup dari pihak pentadbir mahupun kementerian menyebabkan ramai cikgu mula ambil sikap acuh tak acuh. Pihak pentadbir sekolah dan kementerian pulak ambil sikap lepaskan diri masing2. Tak mahu ambil sikap bertanggungjawab jika sesuatu perkara berlaku. Bila kebajikan tak dijaga maka masing2 dah tak ambil peduli lagi.

Kini jika terikat dengan begitu banyak pekeliling dan kerja pengkeranian yang mengarut dan adakalanya tak masuk akal untuk dilaksanakan. Sampai ada seorang sahabat, tentera cakap cikgu nie kurang sikit jer teruknya kerja dengan askar, 24 jam full active duty. Dalam pembelajaran, terlalu banyak yang berpihak kepada murid2 dan ibubapa tanpa cikgu diberi perlindungan sewajarnya. Bayangkanlah kalau dalam pekeliling menyatakan jelingan dan bentuk mengancam juga merupakan satu kesalahan. Apa kejadahnya? Kalau dah jeling tak boleh rotan apatah lagi. Tanyalah murid dari era pertengahan 80an kebawah, Berapa ramai yang dah mati akibat dirotan oleh cikgu? Ramai yang jadi manusia adalah. Kalau cikgu dan murid langsung takder batas atau tembok yang memisahkan baik takpayah wujud cikgu. bagi jer buku2 kat budak. Suruh belajar sendiri.

Masyarakat kita pun banyak silapnya. Bagi mereka anak2 mereka umpama malaikat, langsung tak salah, baik macam malaikat, kalau anak tak perform dalam exam salah cikgu lah tue, bukan salah anak mereka. Padahal mereka langsung tak check anak mereka, Langsung tak tahu jika ada dikalangan anak mereka bawa VCD lucah ke sekolah tengok guna komputer dalam bilik darjah. Bagi mereka anak mereka baik, kalau jadi jahat bukan salah anak mereka, salah orang lain. Cikgu pula tak boleh sentuh langsung anak mereka, Kalau sentuh see you in court @ tengoklah kat TV @  Surat Khabar esok hari. Pasti keluar tak muka depan, muka tengah. Laporan Polis dah jadi mainan ibubapa sekarang. Kalau anak tue tak nakal, tak buat kesalahan takkan cikgu nak denda tak tentu hala, Kalau setakat pukul guna pembaris kat tangan bengkak sedikit tak cacat anak tue, Yang cacatnya rohani mereka dan otak mereka. Mereka mungkin boleh berjaya dalam pelajaran, pandai tapi dari segi rohani zero, Itu yang jadi ramai profesional makan rasuah, tiada ketahanan diri dan jati diri. Apa yang terjadi pada kanak2 pintar sufiah patut jadi teladan, Tanpa soft skill dan asas agama yang kuat maka hancurlah anak tersebut. Dari seorang pelajar Universiti tersohor di dunia sekarang nie beralih di ranjang pelacuran menjual tubuh kepada sesiapa yang mahu membayar.

Yang penting kita kena didik anak apa tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang murid, seorang kawan dari sudut Islam. Apapun yang paling penting didikan agama. Ibubapa juga harus tunjukkan satu teladan yang baik untuk anak2. Jangan sampai lupa asal usul. Sentiasa jangan menerima apa yang anak tue kata bulat2. Siasatlah dahulu. Mesti ada hubungan yang baik dengan guru yang mendidik anak kita. Kena seimbangankan antara pendidikan duniawi dan ukhrawi.

Pernah arwah abah bagitahu pada kitaorang, Ibu bapa kat Malaysia nie hendak menyediakan anak2 mereka untuk peperiksaan awam sepri UPSR, PMR dan SPM mengalahkan persiapan Amerika Syarikat menyerang Irag pada Perang Teluk dahulu. Bayangkanlah dengan anak itu dihantar ke sekolah pagi dan petang, tak cukup dengan tue dihantar tuisyen hingga pukul 10 malam. Hari sabtu ahad pula sibuk lagi dengan kelas tambahan, Waktu cuti sekolah dengan bengkel2 dan kem2 pendidikan dan motivasi. Tak cukup dengan tue ibubapa nie buatlah doa selamat, bacaan yaasin. Ada yang pergi jumpa tok bomoh minta air penerang hati. Begitu dasyhat sekali persiapan yang diatur. Yang agama suruh dibuat, yang syirik buat dibuar sekali. Agaknya mungkin mereka beranggapan kalau doa tak makbul jin tok bomoh tue boleh tolong agaknya kat dalam dewan peperiksaan.

Dengan begitu padatnya aktiviti, cuba kita renungkan berapa lama masa kita bersama sama dengan anak2? Berapa jam dalam satu hari kita berbual mesra dengan anak2? Berapa kali dalam seminggu kita dapat berkumpul makan malam bersama @ menonton TV bersama? Dan yang paling bonus, berapa waktukah kita solat berjemaah bersama isteri dan anak2 sekeluarga dalam satu jemaah? 

Jadi fikir fikirkanlah, ( Temasuk yang dok ketuk papan kekunci nie. ) Ingatlah sahabat2ku anak itu bukan boleh kita sub kontrakan pada cikgu, atau kita swastakan pada pihak ketiga. Itu Tanngungjawab yang Allah beri pada kita Suami Isteri. Kalau tak nak menjwab kat akhirat sendiri mahu ingatlah…

Laman Berikutnya »