Kereta


Salam…..Lama sudah rasanya tak mencoret dalam blog ini. Sibuk betul selepas Hari Raya Aidilfitri nie……..Banyak perkara yang berlaku tidak memungkin saya mencoret dalam blog ini….Selepas ini insyallah saya akan terus mencoret dalam blog seperti biasa….

Baru2 nie saya join Kelab Kereta Toyota Vios Tuners….alhamdulilah ramai kawan2 baru yang saya kenal. Lagipun satu satu Kelab Kereta Toyota Vios yang majoritinya org melayu….senang sikit…tak jenuh ah nak mereka reka ayat bahasa inggeris…

Mod Terkini Toyota Vios Teman……

1. Bodykit TRD Sportivo

DSC00191

DSC00189

2. Pivot Mega Raizin Volt Stabilizer 

DSC00182

Rasanya lepas nie kena stop dulu kot untuk mod…nak masuk rumah…insyallah tahun hadapan…banyak tue nak pakai duit…..Ini light mod sajer…..nak nampak cantik sikit kereta…

Advertisements

Thanks to Bro Rafi from Mix`s Auto, Hutan Melintang, Teluk Intan Perak

UR Front Bar

Saya merancang untuk reinforce dahulu body VIOS nie. Selepas nie plan to install lower rear stabilizer bar. Dah order dengan bro rafi. Lepas tu kalau ader rezeki baru nak ushar2 bodykit. Insyallah saya akan updatekan setiap perkembangan projek Toyota Vios kesayangan kami.

Pada 15/07/09, Saya suami isteri ke Toyota SC Ipoh untuk mengambil kereta baru. Alhamdulilah segala urusan dah selesai. Kereta Wira Aeroback lama tue trade in ke Toyota Capital. Dapatlah RM 15,000.00. Tq Adlin kerana banyak menolong kami berdua yang banyak tak tahu. Berdebar juga rasa. Ada kawan2 kata kenapa trade in kereta wira aeroback tue. Baru habis bayar. Tapi sifir congak kami berbeza. Kami dah tak mampu tanggung senggaraan lagi. Dalam 2 tahun nie dah habis RM4000.00. Tu yang major yang minor tak kira lagi tue.

Masa kami nak trade in kereta wira nie Aircond Rosak. Check kat kedai, Cooling Coil bocor. Tak sampai 2 tahun ganti dah rosak balik. Minyak engine leaking. Baru bulan 12 lepas buat Top Overhaul. Sakit betul kepala. Kalau nak repair makan dekat seribu juga tue. Kali ini kami tekad. dah tak larat nak pening2 kepala. Taknak dah lagi rungsing setiap kali nak balik Kampung terutama balik terengganu.

Hampir sebulan saya buat survey di Internet. Join forum2 kat internet. Bertanya pada kawan2 yang pakai kereta. Pendapat dan pengalaman mereka. Setelah itu 2 model kereta yang masuk list akhir untuk dipertimbangkan iaitu Honda City dgn Toyota Vios. Kami pun melangkah masuk ke dua dua showroom. Selepas memandu uji kedua duanya dan dengar tawaran daripada mereka akhirnya kami pilih Toyota Vios G variant.

DSC00112

 

Dengan kadar faedah terendah iaitu 2.68% dan kadar trade in kereta lama yang tinggi menyebabkan kami memilih VIOS. Kebetulan pula adik ipar Abang Pa bertugas di Toyota Ipoh sedia membantu kami yang tak tahu sangat pasal kereta nie. Delivery period yang cepat ( 2 minggu ) dari tarikh kami comformkan pembelian, Memang khidmat yang diberikan kepada kami sungguh memuaskan.

IMG

 

Apapun terima kasih pada Mr Adlin. Tq pada kawan2 kat TVCM dan Vios07 yang banyak membantu. Setakat nie ODO dah masuk 600KM dah. Memang puas hati.Memang berbeza dengan naik proton dahulu. Memang ada orang cakap bezakan lah harga nya. Tapi cuba tolak ngan cukai. harga lebih kurang sahaja. Proton kena ambil perkara ini sebagai satu cabaran. Layanan pun berbeza. Banyak aspek mmg Proton ketinggalan Jauh. Apapun saya kan updatekan mengenai kereta kesayangan kami nie nanti.

Setelah berfikir begitu lama dan mengkaji pelbagai faktor akhirnya Saya dan isteri telah membuat keputusan untuk melakukan pelaburan kedua terbesar dalam hidup kami berdua iaitu membeli sebuah kereta. Ketika ini kami berdua menggunakan kereta Proton Wira 1.3 M tahun 2002. Baru jer habis bulan nie. Insyallah petang nie sapat lah release letter dan geran asal bagi kereta ni.

Pada mulanya tak mahulah berhutang lagi. Nak berehat sebentar. Tapi semakin menjadi jadi penyakit kereta proton kami nie. Yang terbaru cooling coil air cond pula yang bocor. Tahun lepas baru jer ganti. Tanya kat kedai dia mintak RM 300.00 siap pasang. Pening kepala memikirnya. Dalam masa 3 tahun nie kami dah habis hampir RM 4000.00 untuk membaiki kerosakan kereta nie. Sakit kepala sungguh.

Dalam 2 minggu tue habis semua showroom kereta kitaorang pergi. Kami nekad nak trade in jer kereta nie. Dah rasa tak lalu nak pikul dah. Macam tak berbaloi jer. Rasa di hati minat juga dengan Proton Persona SE tapi isteri dah serik nak pakai proton. Reputasi yang terlalu teruk. Akhirnya tinggal 2 model dalam senarai akhir iaitu Honda City E variant dgn Toyota Vios G variant.

Setelah menilai dari pelbagai sudut akhirnya kami memilih Toyota Vios Variant G warna putih. Nilai trade in yang tinggi untuk kereta wira iaitu RM 15000. Kadar faedah yang rendah daripada Toyota Capital iaitu 2.68% bagi tempoh pinjaman 9 tahun adalah yang terendah dalam pasaran ketika ini. Hanya RM 787.00 sebulan kurang dari sasaran budget tidak ebih daripada RM 900.00 sebulan yang kami sasarkan untuk bayaran ansuran kereta. Lagipun kami tempah pada adik ipar abang pa ( Abg no 2 isteri ) Mr Adlin dari Toyota Ipoh. Tq Adlin kerana banyak membantu.

Selain daripada itu kami memilih Toyota Vios kerana model ini sudah stabil. Di kawasan Taiping cukup mudah untuk lihat Toyota Vios menjalar diatas jalan raya. Lagipun Toyota Vios masih kekal sebagai kereta bukan nasional dalam kelasnya yang mencatat jualan tertinggi di Malaysia untuk separuh tahun pertama 2009. Dengan prestasi khidmat lepas jualan yang baik dari Toyota Malaysia serta kos selenggaraan dan bahan api yang rendah menyebabkan kami memilih Toyota Vios.

Kepada Proton bukan kami tak mahu sokong tapi Proton kena buktikan setidak tidaknya perlu hampir setanding dengan Toyota. Buktikan Proton. Ini cabaran kami suami isteri kepada Proton.