Kemasyarakatan


Setelah sekian lama saya tak update blog saya… sejak berpindah rumah baru Telekom Malaysia Perlukan hampir 5 bulan utk memasang perkhidmatan streamyx… Namun Alhamdulilah…. Dapat juga akhirnya….

Kini program realiti TV Imam Muda sudah hampir ke kemuncaknya. Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hizbur akan berentap untuk Juara. Program ini memang sungguh menarik dan sangat bagus untuk dilaksanakan. Tahniah pada semua pihak yang terlibat dalam program ini. Semga ia di beri nilai tambah dan diteruskan pada masa akan datang.

Yang nyata ia mampu memberi dimensi baru pada umat islam. Banyak yang dapat didedahkan kepada masyarakat awam mengenai tugas2 imam. Banyak juga ilmu yang diperolehi oleh penonton dalam menonton rancangan ini. Ia menjadi satu saingan setelah terlalu banyak disogok dgn rancangan realiti sampah seperti Akademik Fantasia, Malaysian Idol dan yang sama kaum denganya.

Justeru diharapkan lebih ramai koporat Islam dapat menyumbang ke program ini. Program yang menarik perhatian bukan sahaja peringkat nasional malah antarabangsa ini jika disokong pasti beri manfaat besat kepada masyarakat islam. Selepas Akademik Al Quran, Imam Muda muncul sebagai program yang penuh dan sarat dengan nilai islam.

Diharap lebih banyak program seperti ini muncul di kaca TV. Dan jadi ikutan stesyen2 TV yang lain. Mungkin Rancangan Pendakwah Muda boleh juga dibuat bagi meneruskan tanggungjawab menyebar syiar islam di Malaysia ini.

Baru2 ini Kerajaan telah mengumumkan pengurangan subsidi bagi Bahan Bakar dan Gula. Dan menurut kerajaan, ini menjimatkan wang kerajaan berjuumlah lebih kurang RM 750 juta bagi menampung pengurangan defisit yang ditanggung kerajaan katanya. Dan wang yang sebegitu banyak akan digunakan untuk menampung subsidi yang lain.

Menurut kerajaan 2/3 dari jumlah subsidi yang dijimatkan tadi dinikmati oleh golongan bukan sasar. Adakah ia benar? Apakah impak dari semua yang telah dilakukan? Apakah yang dilakukan untuk mengisi lompang kosong akibat tindakan kerajaan ini? Impak kenaikan harga yang dijangka adalah lebih kurang 10% hingga 30%. Dan kuasa membeli juga susut dalam lingkungan tersebut. Jadi apa tindakan kerajaan?

Dalam isu petrol siapa syaitan sebenarnya dalam menyebabkan berlakunya ketirisan? Adakah pengguna? Atau tokey2 yang jahanam dan laknat yang mendapat perlindungan dari anggota kerajaan yang khianat dan belot akibat disogok dengan wang? Kenapa rakyat harus dihukum kerana lemahnya kawalan dan pengawasan di sempadan negara kita? Kenapa rakyat yang harus tanggung akibat kelemahan urus tadbir kerajaan? Adakah kerana penggunaan semakin meningkat? Harus diingat petrol merupakan teori domino pada kadar inflasi? Adakah kerajaan mampu mengawal kenaikan harga barang? Jawabnya TIDAK sebab tak pernah dalam sejarah kerajaan dapat mengawalnya. Siapa sebenarnya yang kerajaan bela? Setan2 yang menyeludup? Kakitangan kerajaan yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kawalan sempadan begitu longgar? Tokey2 besar? dan yang pasti rakyat sudah di flush kedalam mangkuk tandas negara…..

Dalam isu gula, alasan peningkatan bilangan pesakit diabetes pula digunakan. Adakah ia benar? Hampir 70% pesakit diabetes datang dari kawasan bandar dimana lingkungan umur mereka pada usia 40 hingga 50 tahun merupakan golongan pesakit baru yang paling ramai dikesan. Kita tahu pola kehidupan sekarang terutama di bandar tidak memungkinkan mereka menjalani kehidupan yang sihat. Dan kebanyakan mereka ini makan diluar kerana kebanyakan pasangan suami isteri sekarang adalah berkerja dan punya ruang dan batas masa yang kurang dalam mengurus rumah tangga. Dan hujung minggu pula digunakan sepenuhnya untuk berehat dan punya hanya sedikit ruang masa untuk bersenam dan sebagainya. Gula merupakan bahan asas dalam kebanyakkan produk makanan seperti sos dan sebagainya dan pastinya menyumbang kepada peningkatan kos pembuatan dan seterusnya terpaksa ditangung oleh rakyat dengan peningkatan harga. Jadi siapa yang menerima akibatnya? RAKYAT…….

Adakah ini sahaja langkah yang kerajaan ada untuk mengurangkan defisit perbelanjaan? Adakah sudah tiada perbelanjaan lain yang boleh dikurangkan? Bagaimana dengan ketirisan yang lain untuk ditampung oleh kerajaan untuk menampung difisit yang ada? Bagaimana dengan subsidi yan diterima oleh syarikat2 pembekal tenaga eletrik bebas yang menerima subsidi saban tahun? Bagaimana pula projek2 mengarut yang kununya berimpak tinggi yang bagi saya hanya pada tokey2 besar tapi tidak kepada rakyat? Jawapanya? Tunggu PRU akan datang……………

2010…..walaupun baru beberapa hari membuka tirainya nampak sudah jelas 2010 tahun yang begitu mencabar sekali. Begitu banyak isu yang menghiasi pentas drama kehidupan rakyat marhaen di negara ini. Namun begitu hidup mesti diteruskan. Tahun nie juga amat penting bagi diri teman sebab insyallah rumah kami yang sekarang nie hampir 80% siap dijangka boleh diduduki selewat lewatnya bulan 6 tahun nie. Banyak persiapan perlu dilakukan.

Boleh dikatakan setiap minggu teman dan isteri melawat tapak pembinaan rumah kami di Taman Assammara 3. Dari pada hanya tapak rumah sahaja yang sehinggalah kali terakhir minggu lepas teman dan isteri melawat, Sudah memasuki fasa akhir iaitu kerja2 hiasan dalaman seperti memasang kemasan lantai dan siling. Setakat nie prestasi kerja syarikat pemaju boleh dikatakan baik namun ada beberapa aspek yang perlu teman dan isteri membuat aduan kepada syarikat pemaju. Apapun dan tak sabar rasanya dan menduduki rumah milik kami sendiri.

Kenaikan harga gula antara isu yang paling menarik perhatian. Walaupun kenaikan hanya 20 sen per kilogram gula teman ingin melihat bagaimana kerajaan yang biasanya gagal lakukan memantau kesan kenaikan harga tersebut kepada barangan lain. Terdengar khabar2 angin mengatakan tepung gandum akan menurut jejak langkah gula. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menunjukkan perubahan yang signifikan rakyat marhaen harus bersedia menghadapi segala kemungkinan yang mendatang.

Isu sekolah juga menarik perhatian. Pemotongan beberapa peruntukan sperti peruntukan makan bagi pelajar2 yang tinggal di asrama sudah mula meresahkan rakyat marhaen. Ada sekolah yang berasrama sudah mulakan arahan BBM ( Balik Bermalam ) setiap minggu kerana tiada peruntukan untuk makan di Dewan Makan. Mungkin Poket Kerajaan sudah semakin menipis barangkali. Atau penjimatan kalau itu lah alasan nya untuk membiayai tambang penghantaran pulang 2 enjin jet pejuang F5E daripada amerika latin. Yang boleh jawab perkara ini hanyalah YAB PM sahaja sebab dia Menteri Kewangan.

Isu kehilangan 2 buah enjin jet pejuang F5E  juga menarik perhatian rakyat. Bagaimana salah satu tempat yang boleh dikatakan keselamatan yang paling dikawal di negara ini boleh lolos enjin jet yang sebesar itu. Dan yang paling menariknya boleh lolos ke luar negara dgn begitu mudah. Mungkin kah tahap kesiap sagaan pertahanan negara ini terlalu lemah. Atau barisan perajurit kita tak lalu nak periksa sebab BMI yang berlebihan.

Pesawat pejuang F5E yang suatu ketika merupakan pesawat tempur barisan hadapan yang ketika ini terpaksa diaktifkan semula kerana masalah yang dihadapi oleh TUDM pada peswat tempur dalam inventorinya. Itu pun kena tgk2 tue mcm mana negara lain seperti India masih mampu mengoperasikan pesawat pejuang Russia yang jauh lebih lama seperti MiG21 tanpa sebarang masalah tpi TUDM mengahadapi masalah mengoperasikan pesawat MiG29N yang canggih walaupun bukan sebuah MRCA ( Multi Role Combat Aircart ) tetapi telah diubah suai untuk kegunaan air to air combat dan air to land combat. Dan yang paling menghairankan bagaimana hanya 2 anggota LLP TUDM. Seorang berpangkat Sarjan dan seorang berpangkat Laskar Udara sahaja disabitkan. kalau tak salah teman sebarang pergerakan peralatan yang dikategori sebagai Kenderaan Kelas A ataupun barangan kawalan seperti senjata ataupun apa2 yang berkaitan dengan peralatan persenjataan tempur perlu kelulusan setidak tidaknya peringkat markas briged dan pergerakan perlu di iringi setidak tidaknya seorang pegawai berserta konvoi kawalan yang terdiri daripada anggota tentera. Mungkin barisan penyiasat tersalah baca laporan mungkin.

Akhir sekali isu yang menarik perhatian teman adalah keputusan mahkamah berhubung isu penggunaan perkataan ALLAH oleh penerbitan Herald Catholic Weekly. Isu ini menimbulkan polemik yang begitu besar dalam masyarkat di Malaysia. Ada yang menyokong dan ada juga yang menentang. Pelbagai insiden timbul dan sering menimbulkan pelbagai reaksi positif mahupun negatif. Dan buat sekian kalinya kesabaran masyarakat melayu di cabar. Dari pada isu natrah hinggalah pelbagai isu yang menyentuh emosi kesabaran orang melayu. Teman bersetuju benar dengan kenyataan Timbalan Mursidul Am PAS, Dato` Dr Haron Din. Teman yakin dengan hujah serta ulasan berlandaskan Nas2 yang sahih. Namun begitu kita jangan lari dengan dasar perjuangan yang telah diterapkan. Begitu juga dengan pihak lawan. Haruslah berhati hati dengan pihak lawan yang kita khuatir mampu menyelinap merbut peluang disebalik perkara yang timbul. Lagi pertempuran besar sudah makin hampir.

Baru2 nie Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) sekali lagi mengegarkan seluruh negara dengan menisytiharkan bahawa mas kahwin minimum di seluruh negeri Selangor adalah RM 300. Ini merupakan lonjakan yang begitu tinggi setelah tidak disemak kadarnya sebgitu lama. Pengumuman ini menimbulkan pelbagai reaksi yang berbeza beza dikalangan komponen masyarakat islam di selangor khususnya dan di Malaysia amnya.

Pada pandangan teman, teman setuju sangat kadar ini dinaikkan. Malah dari dahulu lagi sepatutnya kadar ini dinaikkan. Lagipun kadar RM300 yang dikenakan masih lagi terlalu rendah jika nak dibandingkan dengan harga seorang isteri di sisi suaminya. Pada pandangan teman sikap masyarakat yang terlalu membangga banggakan wang hantaran tapi membuang  terus mas kahwin itu yang peru sangat dibuang jauh2. Bila direnung kembali perjalanan walimah tul urus yang biasanya dijalankan oleh masyarakat melayu kita begitu banyak wang yang dibazirkan ke arah perkara yang bukan sahaja memerlukan wang yang banyak malah dilarang oleh Islam. Inilah jadinya bila tak dapat dibeza mana yang adat mana yang hukum.

Sbb itulah org bijak pandai berkata Islam dijunjung Budaya dikelek, ini bermakna Islam terletak di atas manakala adat ream kta hanya sampingan. Disini kita perlu tahu dimana yang perlu kita utamakan. Dimana yang perlu diberi tumpuan dan perhatian. Sering kali kita lihat di dada akhbar wang hantaran yang berpuluh ribu malahan ratusan ribu pun ader. Tapi mas kahwinnya? Ader yang tak sampai RM 50.00 pun ader. Begitu rendahnya nilai hukum allah di mata mereka.

Bagi teman stigma masyarakat perlu kita ubah. Pegangan dan pandangan masyarakat perlu kita semai dan sulam dengan nilai islam yang sebenar. Bukan buat yang kita suka tapi buat yang Allah Taala suka. Pimpinan negara, masyarakat dan sahsiah perlu mengembling tenaga ke arah itu. Banyak perkara yang dilihat untuk membaiki keadaan. Dunia suda semakin berubah. Jika org islam tidak perkuatkan asas kita maka kita akan tenggelam.

Baru2 nie seantero alam tahu bahawa seorang jurusolek yang teah menukar jantina berkahwin dgn seorang lelaki di United Kingdom. Tak dapat teman bayangkan perasaan ahli keluarga beliau yang terpaksa menanggung malu akibat perbuatan si jurusolek ni. Bila teman membaca keratan akhbar teman tumpan kasihan kepada keluarga si jurusolek. Tapi rasa amat tersinggung bila s jurusolek itu mengeluarkan kenyataan bahawa mereka terpaksa berkahwin di UK kerana cinta mereka berdua.

Paling teman tak senang hati bila mereka menyatakan bahwa mereka taut pulang ke Malaysia kerana org2 melayu di melaysia masih berpegang kuat pada nilai2 tradisonal. Teman ingin pulangkan semula soalan kepada fatine….apakah yang kamu buat iu melambangkan kemodenan yang kamu cari? Teman sgt hairan bagaimana org seperti fatine ini boleh terpesong begitu jauh akidahnya. Kalau dari gambar perkahwinan mereka dapat dijangka bahawa mereka berkahwin di gereja? Dimana akidah islamiyyahnya? dimana asas2 ajaran islam yang disemai darpada kecil oleh ibubapa dan para guru? Pasti meruntun jiwa para ustaz @ Ustazah yang pernah mendidik fatine? Dimanakah silapnya hingga tragedi akidah fatine ini berlaku?

Disini bukan persoalan nilai2 budaya bangsa melayu dipersoalkan tetapi status pegangan agama si fatine….Si “Suami” nya masih beragama kristian…Ada juga yang membela si fatine kununya atas hak kebebasan manusia dan pelbagai lagi alasan dari kafir laknatullah tetapi Hak agama islam selaku agama rasmi persekutuan jangan sesekali cuba dicabar. Biar apapun pun alasan nya hukuman mesti dijalan. Kerana kesalahan telah dilakukan. Dan pemulihan perlu dilaksanakan sejurus hukuman dijatuhkan.

Amatlah diharapkan agar pihak2 yang berkenaan mengkaji bagaimana traedi ini boleh berlaku…saya percaya banyak lagi kes2 seperti ini cuma fatine ini terlebih berani. Seolah olah mahu mencabar pihak2 yang mengurus tadbir agama islam di negara ini. Mungkin fatine melihat pihak2 berkenaan umpama singa yang rongak giginya….Tak mampu berbuat apa2….takut dengan bayang2 sendiri…Kes Kartika pun masih terkial kial nak selesaikan…Pelbagai alasan diberi….apa pelaksanaan? hampas umpama tebu tua yang dah expired…airnya pun tak bleh minum….

Wahai pihak yang berkenaan……ingatlah….jangan sampai satu hari nanti ada yang berani kencing dalam dewan solat masjid…..yang berani bakar naskah suci al quran di khalayak ramai…Ingatlah apa yang dah jad dgn Bosnia Herzogovina. Pada waktu tue menyesal pun dah x guna dah……

Tak dinafikan pembantu rumah warga indonesia mempunyai pasaran yang paling tinggi di negara kita. Dengan kos perolehan pembantu rumah warga indonesia yang semakin meningkat tidak membantutkan permintaan terhadap mereka. Namun begitu Dapat kita lihat impak daripada kehadiran mereka  dalam masyarakat kita.

Dapat kita lihat dewasa ini semakin banyak kes2 penderaan pembantu rumah warga indonesia ( Bibik ). Banyak juga kes2 dimana Bibik mendera anak majikan dan majikan. Adakah mekanisme yang ada kini tidak mampu mengawal dan menyelesai masalah berikut. Bagi saya mekanisme yang ada sudah cukup. Cuma pelaksanaan dan kawalan banyak ketirisan disana sini. Paling penting ialah kebajikan bibik2 ini yang majoriti beragama islam yang berkerja dgn majikan2 yang bukan beragama islam. Tiada garis panduan dan kawalan yang jelas dalam perkara tersebut. Mungkin agak keterlaluan jika menetapkan syarat hanya bibik bukan beragama islam boleh berkerja dgn keluarga bukan beragama islam tapi perlu ada garis panduan dan peraturan yang jelas. Perlu perlindungan kepada bibik2 ini terutama perlindungan dalam kebebasan mereka mempertahankan akidah mereka.

Pengalaman keluarga saya mengenai bibik ini ahamdulilah tiada masalah yang begitu besar. Mereka juga tiada masalah berkerja dgn keluarga kami. Bibik yang pertama mmg kami cukup berpuas hati. Pernah berkerja di Arab Saudi. Berkerja di Malaysia mengikut suaminya yang berkerja sebagai buruh ladang. Hingga kan kami sekeluarga suruh dia berehat sbb tak henti2 buat kerja. Tapi bibik yang pertama akhirnya pulang ke Indonesia. Kata bibik nak habiskan sisa2 hidupnya dikampung. Bibik yang kedua nie bermasalah sikit. Kerja Ok cuma latar belakang nyer risau sikit. Pernah berkerja dgn satu keluarga cina main gila dgn boss dier..mengandung anak cina tue pulak…so terpaksalah family kami pecat dier….ganti pulak ngan sorang bibik nie…masalah jugak…suami dier penagih dadah org tempatan….kat pusat serenti…risau betul…terpaksa hantar balik….sekarang nie ader bibik baru dah…so far ok lah…itupun kena hati2 gak lagi…

Mcm2 hal jadik dek penangan bibik nie…takde susah gak….so kerajaan dah kena fikir alternatif nie rasanya……..apa yer………

Laman Berikutnya »