Kini program realiti TV Imam Muda sudah hampir ke kemuncaknya. Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hizbur akan berentap untuk Juara. Program ini memang sungguh menarik dan sangat bagus untuk dilaksanakan. Tahniah pada semua pihak yang terlibat dalam program ini. Semga ia di beri nilai tambah dan diteruskan pada masa akan datang.

Yang nyata ia mampu memberi dimensi baru pada umat islam. Banyak yang dapat didedahkan kepada masyarakat awam mengenai tugas2 imam. Banyak juga ilmu yang diperolehi oleh penonton dalam menonton rancangan ini. Ia menjadi satu saingan setelah terlalu banyak disogok dgn rancangan realiti sampah seperti Akademik Fantasia, Malaysian Idol dan yang sama kaum denganya.

Justeru diharapkan lebih ramai koporat Islam dapat menyumbang ke program ini. Program yang menarik perhatian bukan sahaja peringkat nasional malah antarabangsa ini jika disokong pasti beri manfaat besat kepada masyarakat islam. Selepas Akademik Al Quran, Imam Muda muncul sebagai program yang penuh dan sarat dengan nilai islam.

Diharap lebih banyak program seperti ini muncul di kaca TV. Dan jadi ikutan stesyen2 TV yang lain. Mungkin Rancangan Pendakwah Muda boleh juga dibuat bagi meneruskan tanggungjawab menyebar syiar islam di Malaysia ini.

Advertisements