Baru2 ini Kerajaan telah mengumumkan pengurangan subsidi bagi Bahan Bakar dan Gula. Dan menurut kerajaan, ini menjimatkan wang kerajaan berjuumlah lebih kurang RM 750 juta bagi menampung pengurangan defisit yang ditanggung kerajaan katanya. Dan wang yang sebegitu banyak akan digunakan untuk menampung subsidi yang lain.

Menurut kerajaan 2/3 dari jumlah subsidi yang dijimatkan tadi dinikmati oleh golongan bukan sasar. Adakah ia benar? Apakah impak dari semua yang telah dilakukan? Apakah yang dilakukan untuk mengisi lompang kosong akibat tindakan kerajaan ini? Impak kenaikan harga yang dijangka adalah lebih kurang 10% hingga 30%. Dan kuasa membeli juga susut dalam lingkungan tersebut. Jadi apa tindakan kerajaan?

Dalam isu petrol siapa syaitan sebenarnya dalam menyebabkan berlakunya ketirisan? Adakah pengguna? Atau tokey2 yang jahanam dan laknat yang mendapat perlindungan dari anggota kerajaan yang khianat dan belot akibat disogok dengan wang? Kenapa rakyat harus dihukum kerana lemahnya kawalan dan pengawasan di sempadan negara kita? Kenapa rakyat yang harus tanggung akibat kelemahan urus tadbir kerajaan? Adakah kerana penggunaan semakin meningkat? Harus diingat petrol merupakan teori domino pada kadar inflasi? Adakah kerajaan mampu mengawal kenaikan harga barang? Jawabnya TIDAK sebab tak pernah dalam sejarah kerajaan dapat mengawalnya. Siapa sebenarnya yang kerajaan bela? Setan2 yang menyeludup? Kakitangan kerajaan yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kawalan sempadan begitu longgar? Tokey2 besar? dan yang pasti rakyat sudah di flush kedalam mangkuk tandas negara…..

Dalam isu gula, alasan peningkatan bilangan pesakit diabetes pula digunakan. Adakah ia benar? Hampir 70% pesakit diabetes datang dari kawasan bandar dimana lingkungan umur mereka pada usia 40 hingga 50 tahun merupakan golongan pesakit baru yang paling ramai dikesan. Kita tahu pola kehidupan sekarang terutama di bandar tidak memungkinkan mereka menjalani kehidupan yang sihat. Dan kebanyakan mereka ini makan diluar kerana kebanyakan pasangan suami isteri sekarang adalah berkerja dan punya ruang dan batas masa yang kurang dalam mengurus rumah tangga. Dan hujung minggu pula digunakan sepenuhnya untuk berehat dan punya hanya sedikit ruang masa untuk bersenam dan sebagainya. Gula merupakan bahan asas dalam kebanyakkan produk makanan seperti sos dan sebagainya dan pastinya menyumbang kepada peningkatan kos pembuatan dan seterusnya terpaksa ditangung oleh rakyat dengan peningkatan harga. Jadi siapa yang menerima akibatnya? RAKYAT…….

Adakah ini sahaja langkah yang kerajaan ada untuk mengurangkan defisit perbelanjaan? Adakah sudah tiada perbelanjaan lain yang boleh dikurangkan? Bagaimana dengan ketirisan yang lain untuk ditampung oleh kerajaan untuk menampung difisit yang ada? Bagaimana dengan subsidi yan diterima oleh syarikat2 pembekal tenaga eletrik bebas yang menerima subsidi saban tahun? Bagaimana pula projek2 mengarut yang kununya berimpak tinggi yang bagi saya hanya pada tokey2 besar tapi tidak kepada rakyat? Jawapanya? Tunggu PRU akan datang……………