Rasanya tak terlambat untuk mengucapkan tahniah pada Pasukan Sepanyol serta para penyokong mereka kerana kejayaan mengondol Piala Dunia yang baru lalu. Secara keseluruhanya Afrika Selatan berjaya menganjurkna pertandingan yang paling menarik perhatian  di dunia.

Walaupun diselubungi dgn pelbagai kontroversi pada edisi kali ini tapi kemeriah tetap tidak berkurangan. Bola Jabulani, bola rasmi kejohanan yang menimbukan banyak rungutan kepada para pemain, mutu pengadilan yang boleh dikatakan terburuk dalam sejarah dan kemunculan bintang sebenar dalam pertandingan Piala Dunia ini, seekor anak sotong kurita di Jerman bernama Paul yang membuatkan ramai ingin meratahnya kerana mampu meramalkan dengan tepat pada 9 perlawanan Piala Dunia.

Secara keseluruhan Pertandingan kali ini melahirkan ramai bintang2 baru  dan muda dalam sukan bolasepak. Nama2 seperti Mesut Ozil, Sami Khadira, Gyan Asamoah, Luis Suarez, Edison Cavani, Nilmar, Paolo Contretao, Robert Vittek, Kim Tae Joong, dan ramai lagi pasti akan memeriahkan lagi sukan ini. Yang pastinya pemain2 ini akan menjadi rebutan kelab2 Eropah yang kaya raya dalam memperkukuhkan pasukan masing2.

Piala Dunia ini juga memperlihatkan bagaimana Pasukan yang punya adunan seimbang antara skill individu dan disiplin taktikal yang tinggi dan seimbang mampu survive dalam persaingan bolasepak moden. Sepanyol punya adunan ramuan yang tepat untuk mucul juara. Dibarisi oleh pemain2 yang berada dalam kondisi terbaik dan seimbang. Di benteng terakhir Iker Cassilas cukup bagus kecuali kesilapan bodoh gara2 ralit tgk awek sendiri sedang buat ulasan di belakang pintu gol. Barisan pertahanan pula diterajui Puyol, Pique, Capadevilla dan Ramos cukup kukuh membenteng kubu. Sepanyol punya barisan pemain tengah terbaik dalam kejohanan dengan Xabi Alonso, Andres Ineasta, Xavi Hernandez, Cesca Fabregas, Pedro Rodriguez dan Javi Martinez. Di Barisan hadapan ada David Villa, Fernando Torres dan Fernando Llorente.

Sekali lagi tahniah pada pasukan Sepanyol dan Malaysia bila lagi….layak ke Pusingan Akhir pun jadilah…..hehhehehe……