Antara kejohanan sukan yang paling menarik perhatian dunia sudah pastilah Kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan. Di kaca2 TV di Malaysia walaupun Malaysia tidak pernah layak ke pusingan akhir Piala Dunia sekarang sudah meriah dgn iklan2 Piala Dunia. Kalau kat Tesco dan Giant kat Taiping penuh dgn poster Piala Dunia. Kalau Malaysia layak ke Piala Dunia agaknya sudah tentu lagi dasyhat sambutannya. Hingga lesen pertaruhan judi pun boleh lulus memang betul2 gila 1 Malaysia sambut Piala Dunia.

Secara keseluruhan saya melihat kejohanan ini tidak nampak lagi selain dari pasukan tradisi yang mampu melakukan upset dalam kejohanan ini. Pasukan2 ternama seperti Brazil, Itali, Argentina dan Jerman nampak masih dilihat sebagai pilihan untuk Juara. Pasukan lain seperti Sepanyol, England, Belanda, Perancis dan lain lain lagi di lihat mampu mencelah tumpuan. Sepanyol selaku Juara Eropah dilihat mampu memberi presasi yang baik berdasarkan prestasi semasa pasukan dan pemain2 mereka di kelab2 yang mereka wakili.

Bagi Brazil, Argentina, Itali dan Jerman mereka punya ramai pemain yang berkualiti yang mampu membawa mereka menjadi juara. Brazil adalah pasukan yang paling konsisten dengan barisan pemain yang melimpah dgn bakat pasti jadi pilihan utama. Kehadiran Diego Maradona selaku jurulatih Argentina di lihat rencah utama pada edisi kali ini. Untuk Jerman dan Itali walaupun penuh dgn kuda tua namun mereka mampu memuncak ketika diperlukan pasti menambah gerun pihak lawan.

Apapun ucapan selamat maju jaya kepada semua pasukan bertanding……

Advertisements