Memang suatu yang tidak mengejutkan bila mana BN menang di PRK 094 Hulu Selangor. Kawasan ini merupakan antara kubu kuat BN secara tradisinya. Boleh dikatakan Bahagian utara Selangor masih merupakan Kubu Kuat BN.

Secara kasarnya tiada perubahan besar daripada PRU yang lepas kecuali peratusan undi rosak yang kurang hampir 2/3 dari yang dahulu. Dapat dilihat pengundi melayu dan india memberi impak yang besar pada kemenangan BN kali ini. Jumlah undi yang diterima juga lebih kurang sama cuma ada peningkatan pada undi yang diperolehi oleh BN. Mungkin lebih jitu jika saya sudah memperolehi data2 terperinci.

Namun ramalan awal saya BN 54% dan PR 46% menjadi kenyataan. Namun selepas ini PR kena berkerja keras. Kelemahan ketara ialah PR tidak mempunyai jentera pengurusan pilihanraya yang kemas dan tersusun. Tiada pemantaun yang berterusan pada daftar pemilih. Harus diingat terdapat 4 kali perubahan daftar undi setahun dan pada pandangan saya sangat kritikal untuk dipantau dan diperhalusi.  2 kali draf pertambahan daftar induk dan 2 kali draf daftar induk tambahan yang perlu dipantau dengan peka. Begitu juga dgn sempadan kawasan pilihanraya juga faktor penting yang perlu diperhatikan. Pengundi bersilang juga harus di lihat sebagai faktor penting. Pengundi bersilang ialah lokaliti berada di kawasan bersebelahan namun pusat mengundi di kawasan pemilihan. Disini biasa boleh berlaku swing tempat mengundi boleh berlaku.

Apapun tahniah atas kerja keras dan semangat yang kental dipamerkan oleh para petugas pilihanraya Pakatan Rakyat. Walaupun serba kurang namun anda telah buktikan bahawa anda punya kekuatan yang cukup hebat.