Secara jujurnya saya melihat peluang Calon Pakatan Rakyat, Dato` Zaid Ibrahim pada Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor agak sukar. Saya juga masih terkejut dgn pemilihan yang mengejutkan dari Ketua Umum Parti Keadilan Nasional, Dato` Seri Anwar Ibrahim. Saya melihat ia satu perjudian yang besar meletakkan calon seperti itu di kawasan landskap politiknya tidak begitu memihak kepada calon. Pada pandangan saya, Faktor2 yang mampu membawa kemenangan sesuatu calon di kawasan seperti di Hulu Selangor terletak pada kekuatan calon itu sendiri serta isu2 tempatan yan berligar disekitar kehidupan para pengundi disitu. Faktor lain seperti isu nasional dan antarabangsa tidak membawa kesan yang besar dan tidak mampu menjadi satu turning point dalam pertandingan di kawasan seperti ini.

Kekuatan calon parti yang bertanding merupakan faktor terbesar. Ia memainkan peranan utama yang mampu menarik perhatian para pengundi terutama pengundi atas pagar @ pengundi yan berada di Zon Kelabu. Setiap aspek calon diperhatikan. Latar Belakang beliau, keperibadian calon, dan semua aspek yang mampu menampakkan calon sebagai wakil rakyat dikawasan tersebut. Sebagaiman kita lihat terkuburnya G Palanivel pada PRU lepas setelah selesa selama 3 penggal di situ. Bilamana pertembungan antara Allahyarham Dato` Zainal Abidin Ahmad dgn G Palanivel pada PRU, kedua calon merupakan antara pemimpin yang cukup berpengalaman. G Palanivel selaku Timbalan Menteri ketika itu juga penyandang kerusi Timbalan Presiden MIC merupakan calon yang hebat diatas kertas. Allahyarham Dato` Zainal Abidin Ahmad juga merupakan calon berpengalaman. Ketika dalam UMNO beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor dan juga EXCO Kanan dalam Kerajaan Negeri. Beliau juga lama menyandang kerusi ADUN. Dari segi keperibadian pula Dato` Zainal Abidin Ahmad lebih disenangi rakyat. Walaupun sebenarnya beliau telah lama menderita dgn penyakit Barah namun beliau lebih mudah didampingi rakyat. Rakyat juga lebih senang dgn sikap dan penampilan allahyarham yang lebih bersederhana, kerap turun padang bersama rakyat dan sentiasa murah dgn senyuman berbanding dgn G Palanivel yang lebih dilihat sebagai pemimpin dari golongan bangsawan dan bersikap elitis. Dan ditunjukkan pada keputusan PRU yang lalu dimana di DUN Hulu Bernam, UMNO menang majoriti lebih seribu undi, di DUN Kuala Kubu Baharu, UMNO juga menang dengan majoriti lebih seribu undi dan di DUN Batang Kali, MCA yan ketika menghadapi krisis keyakinan kaum cina menang lebih kurang 450 undi. Ketika itu Allahyarham menang dengan majoriti 198 undi dan undi rosak lebih kurang 1500 undi. Satu angka yang sepatutnya menjadi topik analisa para think tank…..

Faktor isu2 tempatan juga memainkan peranan yang penting. Penglibatan calon dalam aktivii masyarakat seperti kenduri kendara dan kematian sangat penting. Lebih banyak dan lebih kerap aktiviti melibatkan masyarakat serta menyeluruh disegenap kawasan liputan pentadbiran maka lebih dekatlah dihati rakyat. Calon juga perlu memaksimakan kelibat di khalayak umum di kawasan yang ditandingi baik sebelum, semasa dan selepas pilihanraya. Tidak cukup sekadar hanya gah di dada akhbar @ di layar TV. Calon juga perlu peka dan sensitif dgn apa yang berlaku pada persekitarannya. Isu2 sensitif seperti rumah2 ibadat, tanah adat dan pemilikan tanah juga memainkan peranan yang penting. Salah satu contoh terbaik ialah tumbangnya calon BN di DUN Sungai Besar (1999) dan DUN Sekinchan ( 1999 – Kini ) yang melibatkan isu pengambilan tanah. Di DUN Sungai Besar yang ketika itu dibawah Parlimen Sabak Bernam, terdapat protes besar besaran terhadap calon BN ketika itu. Kawasan Peti Undi terutama di Kawasan Bendang dan Bagan2 Cina mengalami kekalahan. Namun begitu undi untuk BN bagi kerusi Parlimen langsung tidak terjejas. Begitu juga bagi DUN Sekinchan. MCA hilang penguasaan di kawasan pekan serta bagan.

Perkara ini harus diambil berat oleh pembuat keputusan Pakatan Rakyat. Ia memainkan peranan besar sebagai penentu menang kalah dalam satu2 pilihanraya. Haruslah diingatkan bahawa majoriti pengundi di Kawasan ini masih hidup dilingari dgn norma2 adat dan agama yang tebal disekeliling mereka. Mereka bagaikan terperangkap dalam kepompong yang sudah terbentuk sekian lama mengikut acuan tempatan. Apapun Selamat Berjuang kepada yang bertanding….

Advertisements