Pada hari jumaat wana…isteri iwan dimasukkan ke hospital kerana komplikasi pada kandunganya..Mula2 hospital Sabak Bernam sebelum dipindahkan ke hospital Teluk Intan. Pemeriksaan awal mendapati peratusan untuk kandungan selamat adalah sangat tipis. Ini kerana kandungan baru mencecah usia 18 minggu. Pada hari ahad doktor mengesahkan bahawa bayi kembar dalam kandungan sudah meninggal dunia kerana tiada denyutan nadi yang dikesan. Dan pada hari yang sama hassan selamat dilahirkan namun telah meninggal dunia.

Jenazah hassan selamat dikebumikan pada petang ahad. Hussin pula menurut jejak kembarnya pada pagi isnin dan dikebumikan pada petang isnin. Kedua duanya selamat dikebumikan bersebelahan antara kubur arwah abah dan arwah yaiyi. Insyallah kedua putera ini lah akan menemankan arwah abah dan yaiyi di alam sana.

Terima Kasih pada kakitangan hospital Teluk Intan dan orang2 Kampung Perenggan yang banyak membantu. Pada Iwan dan Wana, janganlah bersedih…..setelah 2 orang cucu untuk jaga emak ( Ammar dan Amsyar ), kalian telah berikan hassan dan hussin sebagai peneman kepada arwah abah dan yaiyi. Al Fatihah……..

Advertisements