Nampaknya harapan untuk melihat PRK DUN Titi Tinggi tidak kesampaian setelah penyandangnya menarik balik surat peletakan jawatanya berkecai, Kini PRK Parlimen Hulu Selangor pula telah menjelma. Penyandang Allahyarham YB Dato` Dr Zainal Abidin meninggal dunia kerana penyakit Barah Otak. Lama juga teman dengar Arwah menderita sakit tersebut. Pada PRU yang lepas arwah telah menewaskan Timbalan Presiden G Palanivel dengan kemenangan yang begitu tipis.

Arwah yang saya kenal seorang yang lemah lembut. Sungguh bersederhana dalam serba serbi hidupnya. Kehilanganya meninggalkan jasa yang bukan sedikit untuk negeri Selangor. Selaku Bekas Timbalan Menteri besar dan EXCO banyak jasa yang dicurahkan ketika dalam UMNO. Nampaknya PKR kehilangan seorang pemimpin yang begitu berpengalaman dalam usaha menterjemahkan manifestasi asas perjuangan PKR.

Pada pandangan teman piliharaya kecil ini bakal menjadi medan menguji adakah gagasan 1Malaysia diterima baik ataupun tidak. Dari segi pecahan hanya kerusi Parlimen Hulu Selangor sahaja yang tumbang. Namun 3 kerusi DUN ( 2 UMNO 1 MCA ) didalam kawasan Parlimen tersebut masih gagah dibawah penguasaan BN. Namun begitu walaupun dalam kedudukan yang sedemikian peluang dilihat lebih seimbang dan sebarang kesilapan boleh membawa padah pada pihak2 yang bertanding. Disini juga adalah kayu pengukur kepada MIC jika diberi peluang sekali lagi oleh BN untuk bertanding adakah parti itu sudah kembali kepada kekuatan asal atau sekadar setunggul kayu yang sedang mereput di makan anai anai.

Apapun nampaknya gendang perang sudah mula di palu….Segala persiapan bala tentera berserta dengan kelangkapan persenjataan sudah pun bermula. Nampaknya bertembung 2 kuasa besar politik dalam negara ini akan bertembung sekali lagi buat sekian kalinya…..Mari kita lihat siapa yang kena…….