Sejak akhir2 banyak perkara yang dikatakan mengenai pemergian skuad Harimau Muda menyertai pertandingan Bahagian 2 Liga Slovakia. Walaupun pertandingan tue hanya 2 bulan dan banyakpihak yang meragui kesahihan perkara tersebut dan dianggap membazir pada sesetengah pihak tapi tidak bagi saya.

Jika tidak silap Pasukan Harimau Muda tidak pernah menang setakat ini dan hanya berjaya menjaringkan 2 gol sahaja setakat ini. Kalau tak silap dah hampir separuh perjalanan liga tersebut. Sebelum nie pasukan ini bertanding di Liga M dgn mudah unggul di Liga Premier. Tapi baru masuk divisyen 2 Slovakia dah tak mampu. Biarlah mereka menimba pengalaman bertanding dgn lawan yang jauh lebih hebat jika dibanding dgn pasukan2 dalam Liga M yang rasanya darjah kesukarannya dan kehandalannya mungkin dalam suku jer kut.

Jika selama ini di tanah air mereka dan rasa hebat sangat tapi sekarang nie mereka harus buka mata tahap mereka tak setinggi mana dan perjalanan untuk menggapai impian layan ke pusingan akhir Piala Dunia masih jauh lagi untuk digapai. Tahap masih belum boleh dibangga. Harimau kesejukan di selimut salji di Slovakia. Jika tak sedar diri lagi emmm…alahai……..