Nampaknya penyakit lompat lompatan beralih kepada keluar keluaran dah pulak. Satu persatu Ahli Parlimen PKR keluar menjadi MP bebas. Dari DS Zahrain hinggalah ke YB Mohsein. Dulu ADUN punya level sekarang naik pangkat ker MP pulak yang berpesta pestaan. Yang pasti lepas kerajaan PR Perak tumbang kini giliran Ketua Umum PKR pula hilang majoriti dalam kedudukan kerusi pembangkang. Namun kesepakatan dalam PR terus mengekalkan DSAI sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen.

Cuma dalam kes YB Zukifli Noordin sahaja yang agak unik kerana beliau dipecat. Dengan sendiri menjadi MP Bebas. Namun begitu ia sekadar menambah rencah haru biru yang berlaku. Pelbagai kisah, spekulasi dan tanggapan yang timbul akibat dari perkara ini namun perkara yang paling penting Pakatan Rakyat perlu mengambil iktibar dari semua perkara ini.

Dalam ketika rakyat sedang melihat bagaimana satu pilihan lain untuk Barisan Nasional, Pakatan Rakyat harus cepat belajar dalam perkara ini. Perkara2 yang boleh mendedahkan Pakatan Rakyat kepada masalah dan memberi ruang dan peluang untuk Barisan Nasional yang diketahui punya segala keupayaan dan kekuatan untuk menyerang dari segenap sudut harus di minimakan ke tahap yang serendah mungkin. Di samping itu Pakatan rakyat harus membangunkan segenap kekuatan dan kelebihan sebagai senjata untuk mengasak lawan.

PKR merupakan parti komponen termuda dan majoriti terdiri dari bekas2 ahli UMNO harus punya mentaliti baru. Tradisi2 UMNO yang baik mungkin boleh terus dibawa tetapi yang buruk tolong tinggalkan diluar. Barisan pimpinan harus segera memikirkan cara dan melaksanakan langkah mengukuhkan parti terutama di peringkat akar umbi yang dilihat goyah.

Apapun perlu ada perubahan….jangan sampai asyik dipatuk oleh ular yang sama dan di lubang sama berkali kali. kelak kita diketawakan nanti.

Advertisements