Memang terkejut melihat progress work rumah yang kami beli di Taman Assamara3. Boleh dikatakan yang tinggal hanya kerja kemasan akhir. Pintu2 pun sudah siap dipasang sekali dengan kuncinya sekali. Tingkap2 hampir semua sudah dipasang kecuali bahagian depan dan sliding door. Menurut Anggie akhir bulan 4 CF bakal diperolehi.

Grill kami dah tempah. Bayar deposit jer dulu. Begitu juga lampu dan kipas. Ambil kesempatan atas tawaran istimewa tahun baru cina yang lepas. Dapat murah sikit. Dgn Anggie pun dah bayar sedikit wang kerja2 tambahan yang telah kami tempah. Agak lega sikit sebab Insyallah duit KWSP dapat dikeluarkan. Nadiah pun dah mula makan gaji DG44. Kalau ada rezeki masuk tunggakan DG44 makin lega lah nak masuk rumah. Rasa tak sabar2 nak masuk rumah baru.

Apapun kami berharap dgn rumah baru nanti hidup kami lebih bermakna. Raya tahun nie Rumah baru lah insyallah.

Gambar Terkini rumah kami..........