Baru2 nie kerajaan mengumumkan bahawa kakitangan awam yang ingin bersara awal dinasihatkan menangguhkan hasrat mereka. Ini kerana kerajaan akan membayar hanya 0% dari saguhati perkhidmatan @ RM 10k yang mana lebih rendah kepada kakitangan awam tersebut dan bakinya hanya setelah pesara tersebut mecapai umur 58 tahun. Ini menimbulkan pelbagai polemik dan tandatanya kerana kakitangan awam telah dijanjikan sebaliknya ketika diberi tawaran opsyen perkhidmatan 56 tahun @ 58 tahun.

Atas alasan ekonomi dan kedudukan kewangan yang tidak begitu bagi merupakan faktor kerajaan terpaksa berbuat demikian. Namun adakah alasan ini mampu diterima oleh hampir 2 juta kakitangan awam? Kalau di Kantin ramai yang sudah bersungut…..Apatah lagi ada yang hati panas membara melihat rakan2 di PDRM menerima durian runtuh. Dengan khabarnya YB Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan sudah menghadap YAB PM untuk Anggota Tentera pula….Presiden Cuepacs…Encik Omar Osman diharap jangan lah lupa tumpang sekaki menghadap….manalah tahu dapat tumpang tuah brader2 Polis.

Adakah benar kerajaan sudah kekurangan dana? Adakah wujud ketirisan atau kelemahan urustadbir perbendaharaan negara? Di dada2 akhbar dan kaca televisyen rakyat dihamburkan dgn2 pelbagai berita yang enak dan sedap didngar…Ekonomi negara stabil….pertumbuhan ekonomi negara mampan..dan sebagainya. Rakyat  sering mendengar kerajaan meluluskan pelbagai projek mega yang menelan jutaan malahan berbillion ringgit. GLC2 juga diumumkan memeperolehi keuntungan yang besar. Namun apa yang sudah terjadi. Adakah ini sekadar propaganda semata mata. Adakah kerajaan fikir setelah mendodoikan rayat dalam lena diulit intan rakyat akan terima alasan2 yang sudah diberikan.

Amatlah diharapkan agar kerajaan lebih telus dalam perkara ini. Para pemimpin sebelum menasihati rakyat dengan pelbagai nasihat termasuklah berjimat cerma dan sebagainya haruslah cermin diri dahulu. Pimpinan melalui teladan. Ingat2 lah yer…..PRU bukanya lama lagipun.

Advertisements