2010…..walaupun baru beberapa hari membuka tirainya nampak sudah jelas 2010 tahun yang begitu mencabar sekali. Begitu banyak isu yang menghiasi pentas drama kehidupan rakyat marhaen di negara ini. Namun begitu hidup mesti diteruskan. Tahun nie juga amat penting bagi diri teman sebab insyallah rumah kami yang sekarang nie hampir 80% siap dijangka boleh diduduki selewat lewatnya bulan 6 tahun nie. Banyak persiapan perlu dilakukan.

Boleh dikatakan setiap minggu teman dan isteri melawat tapak pembinaan rumah kami di Taman Assammara 3. Dari pada hanya tapak rumah sahaja yang sehinggalah kali terakhir minggu lepas teman dan isteri melawat, Sudah memasuki fasa akhir iaitu kerja2 hiasan dalaman seperti memasang kemasan lantai dan siling. Setakat nie prestasi kerja syarikat pemaju boleh dikatakan baik namun ada beberapa aspek yang perlu teman dan isteri membuat aduan kepada syarikat pemaju. Apapun dan tak sabar rasanya dan menduduki rumah milik kami sendiri.

Kenaikan harga gula antara isu yang paling menarik perhatian. Walaupun kenaikan hanya 20 sen per kilogram gula teman ingin melihat bagaimana kerajaan yang biasanya gagal lakukan memantau kesan kenaikan harga tersebut kepada barangan lain. Terdengar khabar2 angin mengatakan tepung gandum akan menurut jejak langkah gula. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menunjukkan perubahan yang signifikan rakyat marhaen harus bersedia menghadapi segala kemungkinan yang mendatang.

Isu sekolah juga menarik perhatian. Pemotongan beberapa peruntukan sperti peruntukan makan bagi pelajar2 yang tinggal di asrama sudah mula meresahkan rakyat marhaen. Ada sekolah yang berasrama sudah mulakan arahan BBM ( Balik Bermalam ) setiap minggu kerana tiada peruntukan untuk makan di Dewan Makan. Mungkin Poket Kerajaan sudah semakin menipis barangkali. Atau penjimatan kalau itu lah alasan nya untuk membiayai tambang penghantaran pulang 2 enjin jet pejuang F5E daripada amerika latin. Yang boleh jawab perkara ini hanyalah YAB PM sahaja sebab dia Menteri Kewangan.

Isu kehilangan 2 buah enjin jet pejuang F5E  juga menarik perhatian rakyat. Bagaimana salah satu tempat yang boleh dikatakan keselamatan yang paling dikawal di negara ini boleh lolos enjin jet yang sebesar itu. Dan yang paling menariknya boleh lolos ke luar negara dgn begitu mudah. Mungkin kah tahap kesiap sagaan pertahanan negara ini terlalu lemah. Atau barisan perajurit kita tak lalu nak periksa sebab BMI yang berlebihan.

Pesawat pejuang F5E yang suatu ketika merupakan pesawat tempur barisan hadapan yang ketika ini terpaksa diaktifkan semula kerana masalah yang dihadapi oleh TUDM pada peswat tempur dalam inventorinya. Itu pun kena tgk2 tue mcm mana negara lain seperti India masih mampu mengoperasikan pesawat pejuang Russia yang jauh lebih lama seperti MiG21 tanpa sebarang masalah tpi TUDM mengahadapi masalah mengoperasikan pesawat MiG29N yang canggih walaupun bukan sebuah MRCA ( Multi Role Combat Aircart ) tetapi telah diubah suai untuk kegunaan air to air combat dan air to land combat. Dan yang paling menghairankan bagaimana hanya 2 anggota LLP TUDM. Seorang berpangkat Sarjan dan seorang berpangkat Laskar Udara sahaja disabitkan. kalau tak salah teman sebarang pergerakan peralatan yang dikategori sebagai Kenderaan Kelas A ataupun barangan kawalan seperti senjata ataupun apa2 yang berkaitan dengan peralatan persenjataan tempur perlu kelulusan setidak tidaknya peringkat markas briged dan pergerakan perlu di iringi setidak tidaknya seorang pegawai berserta konvoi kawalan yang terdiri daripada anggota tentera. Mungkin barisan penyiasat tersalah baca laporan mungkin.

Akhir sekali isu yang menarik perhatian teman adalah keputusan mahkamah berhubung isu penggunaan perkataan ALLAH oleh penerbitan Herald Catholic Weekly. Isu ini menimbulkan polemik yang begitu besar dalam masyarkat di Malaysia. Ada yang menyokong dan ada juga yang menentang. Pelbagai insiden timbul dan sering menimbulkan pelbagai reaksi positif mahupun negatif. Dan buat sekian kalinya kesabaran masyarakat melayu di cabar. Dari pada isu natrah hinggalah pelbagai isu yang menyentuh emosi kesabaran orang melayu. Teman bersetuju benar dengan kenyataan Timbalan Mursidul Am PAS, Dato` Dr Haron Din. Teman yakin dengan hujah serta ulasan berlandaskan Nas2 yang sahih. Namun begitu kita jangan lari dengan dasar perjuangan yang telah diterapkan. Begitu juga dengan pihak lawan. Haruslah berhati hati dengan pihak lawan yang kita khuatir mampu menyelinap merbut peluang disebalik perkara yang timbul. Lagi pertempuran besar sudah makin hampir.