Baru2 nie Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) sekali lagi mengegarkan seluruh negara dengan menisytiharkan bahawa mas kahwin minimum di seluruh negeri Selangor adalah RM 300. Ini merupakan lonjakan yang begitu tinggi setelah tidak disemak kadarnya sebgitu lama. Pengumuman ini menimbulkan pelbagai reaksi yang berbeza beza dikalangan komponen masyarakat islam di selangor khususnya dan di Malaysia amnya.

Pada pandangan teman, teman setuju sangat kadar ini dinaikkan. Malah dari dahulu lagi sepatutnya kadar ini dinaikkan. Lagipun kadar RM300 yang dikenakan masih lagi terlalu rendah jika nak dibandingkan dengan harga seorang isteri di sisi suaminya. Pada pandangan teman sikap masyarakat yang terlalu membangga banggakan wang hantaran tapi membuang  terus mas kahwin itu yang peru sangat dibuang jauh2. Bila direnung kembali perjalanan walimah tul urus yang biasanya dijalankan oleh masyarakat melayu kita begitu banyak wang yang dibazirkan ke arah perkara yang bukan sahaja memerlukan wang yang banyak malah dilarang oleh Islam. Inilah jadinya bila tak dapat dibeza mana yang adat mana yang hukum.

Sbb itulah org bijak pandai berkata Islam dijunjung Budaya dikelek, ini bermakna Islam terletak di atas manakala adat ream kta hanya sampingan. Disini kita perlu tahu dimana yang perlu kita utamakan. Dimana yang perlu diberi tumpuan dan perhatian. Sering kali kita lihat di dada akhbar wang hantaran yang berpuluh ribu malahan ratusan ribu pun ader. Tapi mas kahwinnya? Ader yang tak sampai RM 50.00 pun ader. Begitu rendahnya nilai hukum allah di mata mereka.

Bagi teman stigma masyarakat perlu kita ubah. Pegangan dan pandangan masyarakat perlu kita semai dan sulam dengan nilai islam yang sebenar. Bukan buat yang kita suka tapi buat yang Allah Taala suka. Pimpinan negara, masyarakat dan sahsiah perlu mengembling tenaga ke arah itu. Banyak perkara yang dilihat untuk membaiki keadaan. Dunia suda semakin berubah. Jika org islam tidak perkuatkan asas kita maka kita akan tenggelam.