Kini isu PKFZ sudah memasuki fasa baru….Datin Paduka OC Phang bersama 3 yang lan sudah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa. 2 lagi merupakan org kuat Kuala Dimensi Sdn Bhd…Syarikat yang bertanggungjawab membangunkan PKFZ. Menurut media SPRM mungkin menyabitkan pertuduhan kepada beberapa individu lain terutama daripada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB).

Kes PKFZ ini juga adalah dipercayai merupakan perkara pokok dalam pergolakan dalam Parti MCA. Gerakan menguburkan Ong Tee Keat dipercayai didalangi oleh org2 yang terlibat secara terus dengan skandal kewangan yang terbesar selepas isu BBMB suatu ketika dahulu. Tindakan berani Ong Tee Keat membuka siasatan kes ini menyebabkan kerusi yang beliau duduki menjadi panas. Apapun tahniah kepada Ong Tee Keat kerana begitu berani dan diharapkan terus berani merungkai misteri disebalik PKFZ.

Memang diketahui nasi malang penduduk asal di kawasan PKFZ yang kini berputih mata setelah tanah mereka di ambil untuk pembangunan. Diharap On Tee Keat jenguk2 sekali lah nasib mereka ini. Selama ini tiada pembelaan untuk mereka. Harapnya jangan duit kerajaan sahaja di bela nasibnya tetapi nasib penduduk2 nie turut diambil perhatian. Kebanyakan mereka hanya mampu melhat tanpa dapa meneguk walau seteguk kenikmatan hasil drpd Pembangunan.

Saudara Ong Tee Keat….terima kasih……teruskan usaha anda. Jika anda mahu MCA dipadang tinggi, teruskan lah usaha anda.