Nampaknya maih belum reda lagi pergolakan dalam PAS Kelantan. Sungguh banyak dugaan yang ditempuh Oleh Tuan Guru Nik Aziz. Isu Ariffahmi mmg memberi impak yang besar. Amat sukar namun jika masalah ini belum selesai pasti memberi ribuan persoalan yang bermain di fikiran jutaan penyokong2 PAS.

Walaupun arrifahmi sudah memberi kenyataan bahawa dia telah memberi notis peletakan jawatan selama 3 bulan dan berkuatkuasa bulan Mac Tahun hadapan…masih ada yagng berpendpat bahawa arifahmi perlu letak jawatan serta merta. Mungin atas sifat kasih sayang dan cuba melindungi TGNA dari serangan menggila dari pihak lawan. Pada pendapat saya pun begitu juga. Daripada menimbulkan banyak lagi isu yang tak tahu hujung pangkalnya, dan sebelum darjah kepanasan suhu isu ini semakin meningkat hingga di luar kawalan. Lagipun teman yakin jika ariffahmi benar ikhlas berjuang di sisi PAS, banyak lagi cara, medium, peluang dan ruang untuk menabur bakti bersama sama PAS.

Amatlah diharapkan agar semua pihak dapat menghormati kepada pelembagaan dan sruktur pentadbiran parti. Kenyataan media yang tidak selaras dapat memberi impak yang kurang baik. Mungkin perkara ini dapat disalurkan pada saluran yang betul dan lebih berhemah. Ingatlah para pimpinan supaya sentisa menjaga tertib dan adab berjemaah. Mungkin ini sekadar sekelumit ujian yang diberikan oleh ALLAH taala. Ujian yang makin berat sedang menanti kita.

Teman teringat kata2 abg mat, lebih dikenali dgn cikgu mat di rusila selepas PRU 12 yang lalu. Ini bukan masa utk kita bersenang lenang. Kita perlu kerja lebih kuat untu mengisi kejayaan ini, Rakyat sedang memerhati the waiting goverment adakah mampu dan sudah berada ditahap kesiap siagaan penuh…Ingatlah PRU 13 bukannya lama lagipun..PRK pun silap2 gaya banyak lagi yang perlu kita tempuh sebelum sampai ker PRU 13.