Semalam adalah hari yang mendebarkan untuk ribuan pelajar tahun 6 diseluruh negara. Dan yang paling berdebar mengalahkan pelajar2 itu sendiri sudah pastilah ibu bapa yang begitu mengharapkan kemanisan dalam merayakan kejayaan anak2 mereka. Tidak boleh juga menyalahkan mereka kerana tuntutan persekitaran yang terhidang dengan saingan yang begitu sengit dan mencabar meningkatkan keperluan sesuatu kecemerlangan sabagai salah satu kunci kejayaaan.

Sejumlah 48,171 calon UPSR memperolehi semua A dalam peperiksaan UPSR. Satu jumlah yang begitu tinggi sekali. Pastinya topik hangat di mana mana dikalangan ibubapa ialah berapa A yang anak2 masing dapat dan sekolah mana yang anak2 ini akan disekolahkan. Pastinya ramai ibu bapa mengidamkan anak2 mereka bersekolah di Sekolah yang mempunyai prestij dan reputasi yang tinggi. Sekolah2 Berasrama Penuh, Maktab2 Rendah Sains MARA dan sekolah2 elit yang lain jadi rebutan dan tumpuan para ibubapa bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan anak2 ini di peringkat UPSR dan diulangi pada Peringkat PMR nanti.

Dahulu sekolah berasrama penuh dan sama waktu denganya merupakan Sekolah Elit yang banyak melahirkan para pemimpin, ilmuwan dan cendikiawan negara. Status sekolah yang terpilih ini meyebabkan ramai ibubapa mengimpikan anak mereka dapat melanjutkan pelajaran ke situ. Namun tempat yang terhad ditambah dengan saingan yang maha sengit meyebabkan ruang dan peluang agak sukar. Ini menyebabkan ader ibu bapa yang tak dapat pintu depan masuk ikut tingkap pun jadilah.

Konsep Sekolah Berasrama Penuh ini teman nampak [erlu diubahsuai dan dimantapkan lagi. Sistem yang ada sekarang bagi teman sudah lapok dan tidak releven dalam memenuhi tuntutan negara maju. Bagi teman tidak perlu menambah lagi bilangan SBP sebaliknya menaiktaraf SBP dan menjadikan SBP sekolah elit dalam ertikata sebenarnya. SBP merupakan kilang penghasilan produk sumber manusia yang elit untuk negara. Majoriti para pemimpin, profesional, ilmuwan dan cendikiawan lahir disini. Dalam memastikan end produk memenuhi kehendak dan keperluan semasa SBP juga sudah semestinya berubah. Perlunya penambahnilai dalam memastikan kualiti end produk meningkat.

Pernilaian secara berterusan perlu dalam memastikan penghasilan yang baik. Bagi memastikan produk yang dihasilkan bermutu segala aspek perlu diberi penekanan. QC adalah satu langkah berterusan yang dijalan selari dengan proses penghasilan. Setiap pelajar haruslah dipantau bukan sahaja dari pencapaian kurikulum tetapi juga kokurikulum yang menyumbangkan peratusan besar dalam pembentukan soft skill bagi para pelajar. Bagi pelajar yang tidak memenuhi standard dan piawaian yang ditetapkan dari segi kurikulum dan ko kurikulum seharusnya di tunjukkan haluan yang lain. Sebagai contoh tiada tindakan dibuat jika pelajar itu bermasalah dari segi akademik dan disiplin. Para pegawai kementerian pula seolah takut dengan ibubapa pelajar terutama ibu bapa pelajar berlembaga besar yang mempunyai pangkat, kuasa dan selera yang besar.

Selain daripada itu sistem pengurusan dan pembelajaran juga perlu dirombak. Perlu ada tambah nilai dan eksklusif dalam memastikan status elit itu terus kekal. Ini kerana keperluan untukĀ  produk yang profesional semakin bertambah dan kompleks. Pembangunan seimbang dari segi fizikal dan mental yang amatlah perlu ditekankan. Kerana mereka adalah barisan hadapn yang akan memacu negara pada masa akan datang.