Sejak akhir2 ini isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan ( PMBK ) membabitkan Mursyidul AM PAS, TG Nik Aziz serta menantunya sentiasa menghiasi dada akhbar arus perdana pro Kerajaan. Tidak kurang glamernya blogger kickdefalla akhir2 ini. Segala galanya mula tersingkap bila SPRM menyerbu Pejabat PMBK atas dakwaan berlakunya penyelewengan didalam PMBK. Dan selepas itu drama pun bermula hingga ke hari ini. Tidak diketahui apa kemuncak drama yang semakin lama semakin laju rythm bit nyer. Ditambah pulak dengan pemain2 muzik yang tidak bertauliah dari pihak Barisan Nasional, segala tumpuan mula terarah pada isu ini.

Bagaikan satu rantaian peristiwa yang berkait. Perkara ini dapat dilihat bermula sebaik sahaja tsunami politik melanda negara pada PRU12 yang lalu. Terlalu banyak insiden yang pada mulanya nampak tidak berkait kini kelihatan umpama satu rantaian halus antara satu sama lain. Dan keadaan mula panas apabila wujudnya isu Kerajaan Perpaduan. Isu tersebut semakin hangat sehingga muktamar pemilihan PAS yang lalu. Sehingga pada suatu ketika kelihatan TGNA dan TGHH seolah olah bertempur sesama sendiri. Kemudian timbul pula isu Ustaz Nik Abduh, anakanda TGNA berkaitan tulisan beliau didalam blog nyer. Kekeliruan tersebut tidak menghalang prestasi cemerlang Pakatan Rakyat dalam siri Pilihanraya Kecil dan hanya tewas 2 kali iaitu di Batang Ai dan Bagan Pinang.

Namun apabia berakhirnya Muktamar Pemilihan PAS yang lalu kelihatan kekalutan ini mulai kendur. Segalanya kelihatan tenang. Namun keadaan tak begitu selalu. Bermula di Selangor dimana isu penjualan arak mula timbul. Kemudian di ikuti pula dengan isu Kuil Hindu di seksyen 19 Shah Alam. Isu SELCAT juga menambah rencah meningkat aroma kekacauan. Ia lebih terarah kepada pertembungan antara Pesuruhjaya PAS Selangor dengan MP Shah Alam yang secara ironinya semua tahu apa petunjuk disebalik semua ini. Apabila PAS tumpas di PRK Bagan Pinang rhytm kekacauan semakin meningkat. Bermula dengan komen Prof Aziz Bari. Ditambah pula dengan penyataan dari TGNA dari blog rasminya darjah kepanasan mula meningkat dengan cepat. Cadangan untuk EGM oleh TGNA mengoncangkan arena politik negara.

Namun tindakan pantas daripada PAS Pusat berjaya meredakan sebentar isu ini. Satu seminar diadakan bagi merungkai permasalah ini. Satu siasatan turut dibuat oleh Lembaga Disiplin Parti diketuai oleh YB Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS. Belum pun selesai siasatan dibuat meletus pula isu terbaru mengenai PMBK. Keadaan semakin panas bila saudara Kickdefalla meletak jawatan dalam PMBK. Secara tiba2 nama Arifahmi menantu TGNA meledak ke media masa. Sewaktu mula2 dilantik dahulu pun sudah kedengaran sok sek sok sek mak minah. Kini semakin meledak ledak. Meleret leret sehingga segala kisah yang lampau mula timbul kembali. Timbul pula nama2 seperti Husam Musa, Nudin Awang, dan beberapa nama lagi. Entah apa pula yang akan timbul lepas ni wallahuallam. Tapi harapnya biarlah perkara ini diselesaikan mengikut saluran yang betul tanpa menganiaya mana2 pihak. Yang pentingnya tidak merugikan perjuangan mendaulahkan islam di bumi bertuah ini.

Amatlah diharapkan agar perkara ini diselesaikan seberapa segera. Saya amat yakin dengan kematangan dan kebijaksanaan terutama Majlis Syura` akan dapat menangani isu ini dengan baik. Dengan keahlian ahli yang menganggotainya tentu dapat menyelesaikan kekusutan ini. Kepada yang terlibat muhasabahlah diri anda. Ingatlah…contoh sudah ada didepan mata……Tanggungjawab yang dipikul bukan alang kepalang…..Jangankan nanti membawa rebah. PRU13 semakin hampir….masa terus berjalan tanpa menunggu mu. Jangan sampai kesandung akar….nanti rebah tidak sempat bangkit semula….kerana Musuh sentiasa menanti ruang dan peluang, saat dan ketikanya untuk menyerang tanpa belas dan kasihan kerana musuh sudah berdiri di medan pertempuran dgn senjata siap terhunus ditangan.