Boleh dikatakan setiap minggu saya dan isteri pasti akan pergi melihat rumah yang kami berdua beli di Taman Assamara 3. Dari basement sehinggalah kini mencecah 60% siap. Kalau nak dikirakan mmg setakat ini progress work projek perumahan ini mmg cepat. Setiap kali saya datang melihat projek perumahan ni pasti saya akan bawa kamera untuk mengambil gambar. Jika terdapat bahagian binaan yang saya kurang berpuas hati saya ajukan terus kepada syarikat pemaju, Taiping Saujana Sdn. Bhd.

Ader jugak kawan2 mempersendakan saya kerana gelagat saya yang sering kali turun tgk rumah kami berdua yang belum siap lagi tue. Apatah lagi saya sering mengambil gambar. Isteri saya sampai bising. Katanya malulah…apalah….tapi bagi saya, rakyat marhaen biasa…pelaburan RM188,000.00 bukan satu perkara yang boleh dibuat main2. Terlalu besar jumlahnya bagi rakyat marhaen seperti saya. Dan pastinya saya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh kami berdua suami isteri mampu mancapai tahap dah standard yang kami tetapkan. Dgn pembiayaian yang panjang…25 tahun, ini merupakan pelaburan yang cukup besar. Saya perlu memastikan bahawa segala yang terkandung dalam kontrak dipatuhi oleh pihak pemaju. Segala galanya perlu menepati spesifikasi seperti yang terkandung.

Pada kunjungan yang terakhir sempat juga berbual dgn salah seorang top management officer syarikat pemaju yang kebetulan sedang membuat lawatan tapak. Pihak pemaju meletakkan sasaran paling lewat kami masuk rumah pada bulan 6 tahun hadapan. Lagipun hanya 13 unit teres 2 tingkat yang turut menempatkan lot rumah yang kami beli belum siap. Yang lain bagi rumah teres 1 tingkat sudah siap dan sedang menunggu CF bagi membolehkan para pemilik mula menduduki rumah masing2. Jika tiada masalah….cuti sekoah hujung tahun nie CF akan diperolehi. Nampaknya kami masuk rumah insyallah bulan 6 nanti dah ader jiranlah.

Saya amat berharap agar rumah baru ini mampu memberi sinar dalam hidup kami berdua. Akhirnya impian memiliki rumah sendiri tercapai jua. Sasaran selepas ini rumah kedua kami insyallah kami akan dibina di terengganu pula. Bila? Insyallah dengan berkat usaha dan doa segala galanya akan berjalan dgn lancar….

Advertisements