Tak dinafikan pembantu rumah warga indonesia mempunyai pasaran yang paling tinggi di negara kita. Dengan kos perolehan pembantu rumah warga indonesia yang semakin meningkat tidak membantutkan permintaan terhadap mereka. Namun begitu Dapat kita lihat impak daripada kehadiran mereka  dalam masyarakat kita.

Dapat kita lihat dewasa ini semakin banyak kes2 penderaan pembantu rumah warga indonesia ( Bibik ). Banyak juga kes2 dimana Bibik mendera anak majikan dan majikan. Adakah mekanisme yang ada kini tidak mampu mengawal dan menyelesai masalah berikut. Bagi saya mekanisme yang ada sudah cukup. Cuma pelaksanaan dan kawalan banyak ketirisan disana sini. Paling penting ialah kebajikan bibik2 ini yang majoriti beragama islam yang berkerja dgn majikan2 yang bukan beragama islam. Tiada garis panduan dan kawalan yang jelas dalam perkara tersebut. Mungkin agak keterlaluan jika menetapkan syarat hanya bibik bukan beragama islam boleh berkerja dgn keluarga bukan beragama islam tapi perlu ada garis panduan dan peraturan yang jelas. Perlu perlindungan kepada bibik2 ini terutama perlindungan dalam kebebasan mereka mempertahankan akidah mereka.

Pengalaman keluarga saya mengenai bibik ini ahamdulilah tiada masalah yang begitu besar. Mereka juga tiada masalah berkerja dgn keluarga kami. Bibik yang pertama mmg kami cukup berpuas hati. Pernah berkerja di Arab Saudi. Berkerja di Malaysia mengikut suaminya yang berkerja sebagai buruh ladang. Hingga kan kami sekeluarga suruh dia berehat sbb tak henti2 buat kerja. Tapi bibik yang pertama akhirnya pulang ke Indonesia. Kata bibik nak habiskan sisa2 hidupnya dikampung. Bibik yang kedua nie bermasalah sikit. Kerja Ok cuma latar belakang nyer risau sikit. Pernah berkerja dgn satu keluarga cina main gila dgn boss dier..mengandung anak cina tue pulak…so terpaksalah family kami pecat dier….ganti pulak ngan sorang bibik nie…masalah jugak…suami dier penagih dadah org tempatan….kat pusat serenti…risau betul…terpaksa hantar balik….sekarang nie ader bibik baru dah…so far ok lah…itupun kena hati2 gak lagi…

Mcm2 hal jadik dek penangan bibik nie…takde susah gak….so kerajaan dah kena fikir alternatif nie rasanya……..apa yer………