Kelmarin satu Malaysia digegarkan dgn 6 ahli politik dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan rasuah. Salah satu Abd Rahman Bakri Ahli Parlimen Sabak Bernam serta pembantu pribadinya Rusli Busro. Terkejut juga teman mendengarnya. Tempat asal teman tue. Walaupun sekarang nie tempat telah bertukar tempat mengundi Di Parlimen Marang, DUN Rusila tapi berminat juga teman amik tahu. Ye lah teman asal teman. Teman tanyakan khabar adik teman di yang kat Kampung…Comform katanya….sudah sangkut….Menurut media 14hb Disember tarikh memulakan perbicaraan menentukan untung nasib dua ahli politik ini. 

Hai….nampaknya ader lagi satu PRK lah lagi kalau didapati bersalah. Dulu teman join jugak lah politik2 nie….politik kampung….emm….teman melihat menilai dan mengkaji deme2 nie semua megikut tahap ilmu dan pengalaman teman jer lah…Tak lah satu level dgn Prof Agus Yusuff….Tue dah tinggi sangat standard tue….standard org kampung jer teman nie….dan teman kenal jugalah sedikit2 mereka tue. Siapa tak kenal Rahman Botak…..Satu Sabak Bernam kenal. Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam yang mnewaskan Zainul Haya dengan kemengan yang tipis. Naik jd ADUN Sg Air Tawar ganti Dato` Dr Mat Yasir yang dialih ke Parlimen Sabak Bernam….sebelum nak ke Kerusi Parlimen menepis Dato` Dr Mat Yasir keluar dari gelanggang. Dalam UMNO Bahagian pun masih baru jd Ketua dgn menewaskan Penyandang YB Dato` Raja Ideris yang sekarang nie jd ADUN Sg Air Tawar. DUN Sabak dipegang oleh YB Dato` Warno Dogol bekas exco pemuda UMNO Malaysia.

Semoga ini jadi iktibar pada yang lain2. Semoga insaf, Yang duk buat rumah untuk isteri ke dua bernilai RM 2 juta. Yang duk bergaya dengan kereta Toyota Estima bawak pusing Kampung. Ingatlah org kampung memerhatikan anda. Itu sebab rakyat jauh daripada UMNO. Mereka perhatikan. Mereka kenal sebelum dan selepas orang yang jadi pemimpin UMNO. Mereka kenal siapa pemimpin UMNO, apa perkerjaan mereka, berapa pendapatan mereka sebulan dgn perkerjaan mereka, Siapa Ibu Bapa mereka dan ahli keluarganya dan sampai tahap mana pendidikan mereka. Semua rakyat tahu dan rakyat pun sekarang bukan bodoh dan boleh diperbodohkan. Kena jaga amanah yang diberi. Itu sbb pandangan rakyat terhadap UMNO amat skeptikal dan sinis. Apa yang teman nampak UMNO masih tidur….tidur dalam kepompong yang akan menjerut mike suatu hari nanti…

Advertisements