Hari Sabtu ini merupakan kemuncak kepada Pertandingan Bola Sepak di Malaysia. Perlawanan akhir Piala Malaysia menemukan Kelantan dan Negeri Sembilan di pentas akhir. Kalau dulu2 time nie dah panas line dah…..Kat kedai2 kopi dah tak cerita bab lain dah….asyik bola sahaja….Nama2 pemain lama seperti Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Hashim Mustapha dan Azizol Abu Haniffah begitu jadi bualan. Saya dulu boleh kenal pemain kebangsaan namun sekarang entah sesaper yang wakil Malaysia pun saya tak tahu. Zaquan Adha pun boleh ingat nama dia pasal kontroversi dia kahwin kat siam dgn rita rudaini.

Kalau kantin tempat kerja @ forum TVT, yang asyik dibincangkan adalah Bolasepak Eropah. Nasib malang Rafa Benitez yang nampaknya akan ditunjukkan jalan keluar dari anfield lebih banyak dibualkan banding dgn final Malaysia Cup. Mungkin rakyat dah putus asa dgn Bolasepak Malaysia. Feel dah hilang. Bolasepak Malaysia bukan berubah kedepan tetapi reverse ke belakang. Kenapa jadi mcm tue hanya DYMM Tuanku Sultan Pahang dan YB KJ Sahaja ader jawapanya. Saya sendiri tak tahu kenapa jadi mcm tue.

Mungkin sudah tiba masanya FAM sedia terima perubahan……….