Baru2 ni DS Najib telah membentangkan belanjawan 2011 di Parlimen. Walaupun berimbang tapi bagi saya ia menampakkan bahawa kerajaan semakin kekurangan dana untuk diperuntukkan. Dan bagi saya seperti ribuan kakitangan awam yang lain paling ditunggu tunggu pastilah BONUS. Dan buat kali ke dua sepanjang perkhidmatan saya tiada bonus yang diberikan kepada kakitangan awam. Hanya Bantuan Intensif RM500 sahaja yang diberi.

Ramai juga kawan2 dari sektor swasta memperlecehkan kami kakitangan awam. ‘Itulah sajelah yang org gomen tahu, bonus bonus bonus….’. Tetapi mereka tidak sedar impak bonus tersebut kepada mereka. Bayangkan jika peruntukan bonus untuk kakitangan awam adalah RM 400 juta. Sebanyak itu jugalah wang yang masuk kedalam pusingan tunai dalam negara kita. Semakin banyak yang masuk….bermakna semakin banyaklah 1.2juta kakitangan awam ini akan berbelanja. Maka semakin laju aliran pusingan tunai dalam negara. Kita harus ingat setiap kali aliran pusingan tunai berlaku..dan setiap itulah keuntungan dapat dihasilkan. Dan yang pasti keuntungan itu akan dinikmati oleh rakan2 dalam sektor swasta. Dan jika berlaku sebaliknya…aliran perlahan dan pusingan tunai berkurangan semakin sedikit untung yang dapat kita hasil…jadinya rakan2 di sektor swasta akan juga menerima kesannya…barangan tak dapat dijual…jadi ini merupakan kesan berantai yang tak dapat dilihat oleh para sahabat saya td dalam sektor swasta. Walaupun begitu kadar kecairan aliran tunai perlu dikawal supaya tidak terlalu cair dan boleh menyebabkan kehilangan kawalan. Disini saya lihat kekurangan pada budget yang dibentang.

Mengenai isu perumahan saya masih hampa melihat tiada satu pun langkah konkrit dalam memastikan matlamat 1 keluarga 1 rumah dapat dicapai. Perkara yang paling pokok iaitu harga yang mampu milik masih tak mampu dipenuhi oleh pihak kerajaan. Tiada pengawalan yang komprehensif dan menyeluruh menyebabkan masalah rumah terbengkalai da rumah tidak terjual terus menghantui semua pihak yang berkepentingan. Walaupun kerajaan  mengumumkan pemilikan rumah DBKL kepada umum tidak langsung menyelesaikan masalah.  Tiada garis panduan dan kawalan yang jelas menyebabkan masalah terus berlarutan entah sampai bila.

Bila kita lihat kakitangan awam dari kumpulan sokongan. Adakah mampu mereka memiliki rumah. Saya amat yakin dan pasti bahawa lebih 60% daripada mereka tidak mampu memiliki rumah apatah lagi mereka yang bertugas dikawasan pembangunan utama seperti di Pulau Pinang dan Lembah Klang. Di kawasan Taiping sendiri rumah teres setingkat ( Bukan Kos Rendah ) mampu mencapai RM 100,000. Nak harapkan kos rendah, belum isi borang sudah ader kutu2 org2 kuat YB berkokok bahawa mereka dah dapat rumah. Lagipun saya tak nampak lagi dikawasan Taiping ader projek rumah kos rendah baru yang dibina. Yang ada pun masih lagi tak dapat2 CF. Projek bawah PKNP pulak tue. Takkan gelap sangat MB Perak nie sampai masalah mcm tue pun tak nampak. Jadi kesimpulannya mungkin 50 tahun akan datang dapatlah kita lihat golongan bawahan nie buat perumahan kat bawah jambatan…Ataupun dikaki bukit dipinggir hutan. 

Cadangan agar  semua kenderaan yang berusia 15 tahun dan keatas diwajibkan menjalani pemeriksaan PUSPAKOM untuk urusan cukai jalan juga menimbulkan suasana hangat didebatkan oleh orang ramai. Ini makin memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah. Harga kereta nasional masih belum mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Kadar faedah yang begitu tinggi serta duti import dan eksasais terus menghimpit. Tahap kemudahan awam yang buruk dan bagi saya hanya sedikit lebih baik jika dibandingkan dgn negara2 benua afrika tidak banyak membantu rakyat marhaen. Bagi saya Dasar Automotif Negara hanya membesarkan perut tauke2 besar sambil menyembelih rakyat marhaen.

Sepatutnya ader 1 jaminan kepada rakyat untuk diberi pilihan. Kita lihat di Jepun dimana harga kereta dikategorikan amat murah tetapi harga minyak mereka pula agak mahal. Namun mereka punya alternatif dimana pengangkutan awam mereka amat efisien. Ini bermakna rakyat punya pilihan. Di Malaysia rakyat tak punya banyak pilihan. Bagi rakyat bila hak mereka diganggu gugat, maka akan timbul gusar dihati. Bagi saya Malaysia hampir punya segala galanya untuk jadi satu negara yang makmur. Namun kelemahan tadbir urus yang begitu ketara menyebabkan segala potensi jadi sia-sia. Pelbagai isu besar membabitkan ketirisan yang berlaku tidak ditangani dengan baik.

Advertisements