Sejak akhir2 ini nama Kartika Sari Dewi Sukarno menjadi begitu terkenal di seluruh Malaysia malah menarik perhatian para pengganas perosak islam diseluruh dunia. Puncanya apabila Model ini ditangkap kerana meminum arak oleh Jabatan Agama Islam Pahang ( JAIP ) dalam satu operasi mereka. Dan Mahkamah Syariah telah menjatuhkan denda RM 5000.00 dan 6 sebatan kepadanya. Agak mengagumkan juga apabila wanita ini sanggup menjalani hukuman tersebut. Tapi bila tang nak laksanakan tak jadi pula.

Kenapa boleh jadi macam tue? Macam2 alasan yang pihak berkuasa nyatakan. Takder kepakaran lah, menghormati bulan ramadhan lah dan pelbagai lagi. Ini menimbulkan pelbagai spekulasi. Ini kerana hukuman telah dijatuhkan. Dan yang kena hukum pula sanggup menjalani hukuman. Jadi yang bermasalah ialah kerajaan yang menjalankan hukuman tersebut. Nak kata takder kepakaran, mustahil.  Baik bakar hangus jer bangunan Pusat Islam, Jakim dan sebagainya kalau perkara begini dalam menegakkan hukum allah tak boleh selesai. Alasan takut isu ini diperbesarkan oleh media asing, Lupakan anda semua yang takut nie nasib Seorang Muslimah yang mati ditikam di hadapan mahkamah ketika perbicaraan kes memakai tudung di Jerman. Suami Syuhadah itu turut cedera ditembak banjingan polis kapir atas alasan keselamatan. Adakah mungkin ada tangan2 gelap super VVIP main peranan dibelakang. Takut super VVIP dengan bayang2 sendiri mungkin satu hari nanti dia pulak yang kena sebat.

Kepada yang menyokong hukuman ini ditangguhkan terutama Ketua Wanita UMNO Malaysia, Si Tudung Jambul didepan berseluar yankee bertumit tinggi, Dato` Seri Shahrizat Abd Jalil, Jangan beri komen sembarangan tanpa merujuk dahulu para ulama` kerana takut2 jatuh syadah ( Jadi Kafir ) kerana menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Hanya kerana takut org luar negara pandang Malaysia zalim hanya kerana menegakkan hukum allah. Baik rentikan jerlah. Dah banyak buruknya imej Malaysia luar kalau nak cerita bab zalim nie. Dengan ISAnya dengan isu Altantuyanya lagi.

Sudahlah Hukum Islam yang di amalkan dipilih pilih. Yang dipilih tue pun tak sanggup nak dilaksanakan. Baik buang jer frasa dalam perlembagaan mengatakan Agama Islam adalah agama rasmi. Kepada yang bertanggungjawab perlu tegas supaya kita tidak terus menerus diketertawakan dalam perkara ini. Kepada DYMM Tuanku Raja2 Melayu. Ingatlah Tuanku merupakan Payung kepada Rakyat dan pemelihara kesucian Agama Islam. Jangan sampai ader yang langsung hilang rasa hormat pada tuanku yang patik rasa ketika ini rasa hormat itu semakin menipis dikalangan rakyat tuanku sendiri. Patik mohon kebijaksanaan Raja2 Melayu dalam tegas melaksanakan hukum syariah ini.

Advertisements