Kelmarin adalah hari yang paling sibuk buat kami berdua. Nak urus emak dan iwan untuk berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Memang dah hajat emak dan arwah abah sebaik sahaja pencen. Tapi Abah tak sempat nak pergi. Jadi Iwan sebagai pengganti Arwah Abah menemankan emak untuk mengerjakan umrah.

Pagi2 sebelum bertolak aku, iwan dan emak menziarah pusara arwah abah. Sebak rasa dihati melihat pusara abah. Bertambah sebak bila melihat emak tak dapat menahan rasa sedih sebelum berangkat. Memang bukan mudah apatah lagi sudah lebih 30 tahun emak dan abah hidup bersama. Susah dan senang dalam membesarkan 6 orang anak yang sentiasa memberi ujian kepada mereka berdua. Kami sedekah bacaan yasin untuk arwah abah.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi, kami bertolak ke Shah Alam. First Transit kat rumah Cik Mud kat seksyen 8, Shah Alam. Bertolak 3 buah kereta. Si Amsyar terpaksa ditidurkan takut seperti biasa akan mengamuk jika ditinggal. Risau nak bawa budak2 apatah lagi sedang wabak selsema babi sedang bermaharaja lela sekrang nie. Sampai rumah cik mud lebih kurang pukul 2.00 petang. Cik Mud buat sedikit tahlil dan doa selamat dirumahnya bersama 2-3 kawan2 cik mud. Ujian pertama untuk emak dah timbul. Kereta lilik cermin pecah. Terpaksalah aku dan iwan pergi jemput dia kat stesyen minyak petronas jelutong dekat tepi highway NKVE. Selepas semua selesai lebih kurang pukul 3.30 ptg kami bertolak ke KLIA.

Di KLIA punyalah ramai orang. Internasional Airport lah katakan. Nak buek camno. Ramai juga yang pergi umrah sama ngan emak. Emak check in pukul 6.30 petang dan berlepas pukul 8.00 malam. Kesian tgk si Iyan. Biasalah anak manja emak. Itu belum si amsyar tue. mahu nangis guling2 kat lantai airport. Tu yang bahaya tue. Si Eti datang dgn kawan2 cikgu cikginya dari melaka. Eti tgh buat praktikal kat melaka. Tahun depan start mengajarlah. Tini datang sekali dengan lilik dan rizal. Tini kerja kat Seri Kembangan.

Balik dari KLIA hantar cik mud dan cik yah balik ke shah alam. lepas makan malam dan sembahyang kami bertolak balik ke taiping pukul 9.00 mlm dan sampai pukul 12.30 tgh malam. Pagi tue emak sms dah sampai di Jeddah. Emak dan iwan tersangkut hampir 8 jam sebelum bertolak ke madinah pulak. 3 hari emak dan iwan di madinah sebelum bertolak ke makkah. di makkah sampai 29hb sebelum berlepas pulang. Sempat puasalah emak dan iwan di makkah. Apapun semoga emak dan iwan selamat mengerjakan ibadat umrah. Amin………