Baru sebentar tadi aku singgah ke Stesyen Minyak Petronas Kamunting untuk mengisi minyak. Baru jer bukak pintu kereta aku dirapati dengan seorang budak perempuan memegang kalendar dan bam panas untuk jualan kutipan amal. Dari pandangan aku habis tua pun usia budak ini dalam jangkauan 10 – 12 tahun. Dari raut wajahnya aku terasa amat kesian. Letih, lapar dan pelbagai lagi. Adakah ini taraf seorang islam dan melayu yang menjadi tuan punya kepada bumi yang bertuah ini? 

Pandangan tadi rasanya begitu normal di seluruh pelusuk tanah air. Adakala aku terfikir jugak koman sangatkah Sekolah Agama Swasta ni? Tiadakah pembelaan dan bantuan dari pihak berwajib terutama Kementerian Pendidikan Malaysia yang kini diterajui bukan lagi menteri kanan malah Timbalan Perdana Menteri? Adakah lebam dimatanya sampai tak nampak sekolah2 agama swasta ini? Sekolah agama swasta yang terdiri daripada Mahaad tahfiz dan pengajian sekolah pondok. Sudah jadi kelaziman setiap tahun ada pembentangan belanjawan. Yang di war warkan bahawa hampir separuh daripada bajet kewangan negara kita tertumpu kearah pembangunan modal insan. Takkan takder sekelumit untuk sekolah2 agama swasta ini? Kalau SRJK cina mahupun tamil begitu di ambil berat mengapa sekolah agama swasta ini di anak tirikan?

Ader yang mengatakan bahawa sentimen politik yang menyebabkan sekolah2 seperti ini tersisih. Ini kerana kebanyakan yang menjadi nadi penggerak kepada sekolah2 ini terdiri dari fahaman politik yang berbeza dengan kerajaan. Adakah itu boleh dijadikan alasan? Dimanakah letaknya harga frasa diperlembagaan Negara Malaysia yang menyatakan bahawa Agama Islam adalah agama rasmi bagi negara bertuah ini? Dimanakan pergi pihak2 yang bertanggung jawab?

Dan aku terfikir juga dimana akal dan otak pegawai yang mengelolakan jualan amal ini. Dibiarkan sahaja kedua budak perempuan ini td tanpa pengawasan keselamatan yang cukup. Adakalanya sampai ke malam mereka masih menjual. Dan pada hari jumaat yang penuh barakah ini, sepatutnya budak2 ini di sekolah sedang menimba ilmu. Adakah kedua ibu bapa budak2 perempuan ini tahu yang anak nya jadi penjual kalender bukan penuntut di maahad? Kalau pada hari sabtu ahad atau pun musim cuti sekolah mungkin saya boleh terima tapi dan hari2 tgk budak2 tue berkejaran kesana sini di Stesyen Minyak Petronas Kamunting untuk menjual kalender dan bam panas. Dekat Stesyen Minyak Petronas pulak tue, yang menjana berbilion ringgit setahun yang duitnya entah kemana pergi nya ditelan siamang2 di atas sana. 

Saya amat mengharapkan pada suatu ketika nanti, Kerajaan yang lebih telus, pemimpinnya yang memegang teguh Al Quran dan Sunnah sebagai panduan menjalankan tanggungjawab mentadbir negara dan mengubah keadaan ini. Selepas selesai mengisi minyak aku memanggil salah seorang budak perempuan tadi. Ku berikan sedikit wang dan aku pesan padanya, Ini untuk wang belanja sekolah adik. Bukan derma untuk sekolah. Kuharapkan mereka selamat dalam berjihad menuntut ilmu. Amin………………

Advertisements