Minggu lepas dapat disaksikan bagaimana MU tersungkur ditangan Chelsea melalui sepakan penalti 4-1 selepas terikat 2-2. Nampaknya kehilangan Cristiano Ronaldo dan Charlos Tevez pada musim ini ada meninggalkan lompang kosong untuk di isi oleh Fergie. 3 Pemain baru, Gabriel Obertan, Antonio Valencia dan paling diperhatikan Michael Owen pasti menjadi sandaran harapan berjuta fanatik Red Devils di seluruh dunia.

 Chelsea hanya dengan kehadiran jurulatih baru Carlo Anchelotti lebih bergantung pada barisan pemain lama. Walaupun khabar kehadiran Ribery dr Bayern Munich semakin kuat, Chelsea punya barisan yang mantap dari Gawang hingga ke kotak penalti.

Setiap musim, Big Fours seperti biasa mendominasi carta EPL. MU, Chelsea, Arsenal dan Liverpool sering bersilih ganti merajai takhta liga. Jika dilihat persiapan pra musim, Arsenal yang paling goyah. Boleh dikatakan langsung tiada nama besar masuk sebagai pemain baru. Liverpool pula dengan kehadiran Glen Johnson dan Alberto Aquallani sebagai direct replacement kepada Alvaro Arbeola dan Xabi Alonso yang berhijrah ke Galaticos Real Madrid. Musim ini Manchester City dilihat sebagai calon untuk memecah dominasi big four.

Dengan senarai pemain bintang seperti Gareth Barry, Robinho, Carlos Tevez, Kolo Toure, Santa Cruz, Adebayor dan ramai lagi yang sarat penuh dalam senarai pemain Mark Hughes. Manchester City dilihat sebagai England Galaticos kerana memiliki sebegitu banyak koleksi bintang dalam pasukan mereka. Mark Hughes tiada sebab lagi untuk gagal pada musim ini.

Selepas ini dapat taukey2 kedai mamak mula tersenyum riang. Malam minggu @ malam yang ader live di Astro, Maka berlonggok longgoklah hamba allah rakyat malaysia tak kira melayu cina dan india memenuhi setiap ceruk ruang restoren di Kedai2 mamak. Masa mula2 pindah kat taiping dulu ingatkan takder suasana seperti di Restoren Hakeem Seksyen 7 Shah alam lagi dah. Rupanya sini lagi hebat. Apapun EPL mmg dihati jutaan peminatnya di Malaysia.

Advertisements