Sudah menjadi kelaziman agaknya bila time nak raya, nak puasa, nak Gong Xi Fa Chai ataupun ader angin2 anggota kakitangan kerajaan dapat Bonus, jam2 tu lah barang2 seperti ayam, gula, tepung tiba2 boleh kurang. waktu2 inilah kedengaran kilang buat barang kawalan tue rugilah, terbakar disambar petir lah atau pun tokey dia mati dilanggar lori. Tutup kilang seminggu. So pengeluaran tak dapat tampung permintaan. Macam2 alasan yang diberi oleh pihak pengeluar. Time lain tak pulak jadi macam tue.

Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KDNHEP ) pulak mcm dungu dan tolol. Bukan pertama kali perkara ini terjadi. Dah beratus kali terjadi sejak 50 tahun merdeka. Alasan dan seterusnya alasan yang diberi. Takkan langsung takder langkah2 pencegahan awal yang diambil? Yang tanggung rakyat marhaen. Adakah rakyat dapat menerimanya? Nak kata kegiatan penyeludupan barang kawalan seperti gula bukan berlaku ketika waktu2 tertentu tapi sepanjang tahun. Adakah itu sebab utama gula tiba2 hilang dalam pasaran? Kemana perginya gula yang begitu banyak bertan2 yang dikeluarkan?

Sepatutnya sekarang nie kerajaan mewujudkan satu badan yang berfungsi seperti Lembaga Padi Negara ( LPN ) yang sekrang jadi BERNAS yang sudah dilelong kepada anasir jahat dari luar yang ingin mengambil kesempatan dari sikap tamak2 beruk2 besar dalam BERNAS. Tapi perlu lebih meluas kepada semua barangan kawalan. Sebagai stok pengimbal jika terdapat kekurangan dan darurat dalam negara. Jika Kongkang2 pemborong ini cuba sabotaj pasaran perlu ada mekanisma bagi mengatasi masalah ini. Mana perginya duit berbillion2 yang kononnya di jimatkan hasil kenaikan harga minyak petrol yang di war warkan untuk kegunaan subsidi makanan? Atau hanya tinggal catatan seperti terjadi dalam akaun PKFZ yang entah kemana duitnya pergi?

Kepada yang atas ingat lah dibawah, PRU 13 tak lama lagi untuk anda direntap kebawah. Insyallah kita sambung lagi.