Pada hari selasa lepas nenda dari kampung telefon bertanyakan ader tak Taiping mengalami masalah bekalan gula. Nenda bagitahu seluruh DUN Sg Air Tawar kehabisan gula. Pelik juga lah. Oleh kerana petang nie balik ker Sabak Bernam nenda pun pesanlah 10KG gula buat stok hingga puasa.

Terus sahaja kami suami isteri ker Tesco Taiping. Beli 10kg yang dipesan oleh nenda. Esok paginya bonda pula telefon pesan kuatiti gula yang sama. Bonda cari gula sampai ke Pekan Sungai Besar. Ader tapi dah naik 5 sen. Sekilo RM1.50. Pergi Giant Taiping, Kat bakul tue dah tampal sticker terhad untuk 3 pek ( 2 kilo/pek  )sahaja. Apa lagi Saya 3 pek isteri 3 pek lah. Dapat 12 kilo. Kat rumah mmg dah stok 4 kilo, Takperlah tokok 2 kilo lagi. Cukuplah sampai raya. 10 kilo bagi kat bonda.

2 minggu sebelum tue, masa tue keter VIOS baru jer keluar. Pergi kedai aksesori kereta, nak pasang rumput tiruan kat dalam VIOS tue. Tokey kedai tue bodek aku beli Bodykit TRD untuk vios. Tapi malas nak layan. Sbb bende tue tak berapa penting. Banyak lagi bender penting untuk difikir apatah lagi nak masuk rumah baru insyallah tahun depan. Perlu belanja yang bukan alang kepalang. Last2 malas nak cakap banyak aku cakap lah tunggu PM bagi bonus dulu lah baru boleh pasang bodykit. Terus jer tokey tua cakap, takper maa….. tahun nie gomen punya olang untung, bonus 2 bulan gaji, tgk surat khabar cina sudah keluar. Aku pun tgk surat khabar tue, suruh apek tue translate, tak pasti lah aku pada mulanya sama ada apa yang apek tue translate betul ke tidak.

Aku pun cakap kat apek tue, tue belum tentu apek, tarak depan mata tak boleh sembang lagi lah apek. Apek tue balas balik, u tengok lah nanti dekat puasa, gula mesti mahu naik punya, minyak masak, tepung pun mahu naik jugak, itu tauke2 besar sudah tahu dulu maa. Dan sekarang aku terpaksa telan balik apa yang tauke tue cakap. hairan jugak yer macam mana surat khabar cina boleh tahu dulu. Ader yang jual rahsia ker Treasury Malaysia. Macam mana taukey jual aksesori kereta boleh tahu krisis gula akan berlaku. Semakin banyak bender pelik yang telah berlaku. Nanti sambung lagi bab gula nie.

Pada yang duduk atas, fikir2 lah orang dibawah. kalau tidak, PRU 13 sedialah diri anda untuk direntap kebawah.

Advertisements