Diam tak diam dah dekat puasa dah. Insyallah kita akan berpuasa pada 22hb Ogos. Lebih kirang 18 hari jer lagi. Kalau masyarakat jawa la nie duk sibuk buat kenduri arwah sempena menyambut ramadhan al mubarak. Rumah nenek buat 7hb nie. Jumaat malam sabtu. Mmg sudah menjadi kebiasaan masyarakat jawa mengadakan kenduri menyambut ramadhan al mubarak, membuat sedikit tahlil dan bacaan surah yasin untuk ahli keluarga yang sudah pergi dahulu menghadap ilahi.

Pada 18hb nie emak dgn iwan akan ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan umrah. Menyambut awal ramadhan di sanalah emak dgn iwan. Balik jangka pada 30hb nie. Menunaikan hajat arwah abah yang mmg nak pergi ker umrah bila emak bersara. Teringin juga nak pergi tapi cuti tahunan cuma 20 hari jer. Nak budget utk raya lagi. Raya Puasa dan Raya Haji. Takperlah bukan rezeki aku lagi kut. Insyallah ader lah tue kalau Allah izinkan. Kirimkan kat emak untuk doakan kami suami isteri semoga cepat dapat cahaya mata pun dah rasa cukuplah. Dari sini ahli keluarga yang lain ucapkan selamat dalam menjalankan ibadat umrah.

Apapun semoga kita semua menyambut ramadhan al mubarak ini dengan penuh hikmah dan menjadikan diri kita muslimin dan muslimat yang lebih baik daripada sebelum ramadhan. Insyallah…..