Pada 15/07/09, Saya suami isteri ke Toyota SC Ipoh untuk mengambil kereta baru. Alhamdulilah segala urusan dah selesai. Kereta Wira Aeroback lama tue trade in ke Toyota Capital. Dapatlah RM 15,000.00. Tq Adlin kerana banyak menolong kami berdua yang banyak tak tahu. Berdebar juga rasa. Ada kawan2 kata kenapa trade in kereta wira aeroback tue. Baru habis bayar. Tapi sifir congak kami berbeza. Kami dah tak mampu tanggung senggaraan lagi. Dalam 2 tahun nie dah habis RM4000.00. Tu yang major yang minor tak kira lagi tue.

Masa kami nak trade in kereta wira nie Aircond Rosak. Check kat kedai, Cooling Coil bocor. Tak sampai 2 tahun ganti dah rosak balik. Minyak engine leaking. Baru bulan 12 lepas buat Top Overhaul. Sakit betul kepala. Kalau nak repair makan dekat seribu juga tue. Kali ini kami tekad. dah tak larat nak pening2 kepala. Taknak dah lagi rungsing setiap kali nak balik Kampung terutama balik terengganu.

Hampir sebulan saya buat survey di Internet. Join forum2 kat internet. Bertanya pada kawan2 yang pakai kereta. Pendapat dan pengalaman mereka. Setelah itu 2 model kereta yang masuk list akhir untuk dipertimbangkan iaitu Honda City dgn Toyota Vios. Kami pun melangkah masuk ke dua dua showroom. Selepas memandu uji kedua duanya dan dengar tawaran daripada mereka akhirnya kami pilih Toyota Vios G variant.

DSC00112

 

Dengan kadar faedah terendah iaitu 2.68% dan kadar trade in kereta lama yang tinggi menyebabkan kami memilih VIOS. Kebetulan pula adik ipar Abang Pa bertugas di Toyota Ipoh sedia membantu kami yang tak tahu sangat pasal kereta nie. Delivery period yang cepat ( 2 minggu ) dari tarikh kami comformkan pembelian, Memang khidmat yang diberikan kepada kami sungguh memuaskan.

IMG

 

Apapun terima kasih pada Mr Adlin. Tq pada kawan2 kat TVCM dan Vios07 yang banyak membantu. Setakat nie ODO dah masuk 600KM dah. Memang puas hati.Memang berbeza dengan naik proton dahulu. Memang ada orang cakap bezakan lah harga nya. Tapi cuba tolak ngan cukai. harga lebih kurang sahaja. Proton kena ambil perkara ini sebagai satu cabaran. Layanan pun berbeza. Banyak aspek mmg Proton ketinggalan Jauh. Apapun saya kan updatekan mengenai kereta kesayangan kami nie nanti.

Advertisements