Saya ingin memberi setinggi tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada para pejuang2 bahasa yang selama ini bertungkus lumus dalam mendaulatkan Bahasa Melayu dalam sistem pembelajaran kebangsaan. Dengan pengisytiharan 2014 sebagai tahun pemansuhan sepenuhnya dasar PPSMI bermaksud bermula lah cabaran kepada pakar2 bahasa untuk membuktikan kepada dunia bahawa bahasa melayu adalah bahasa yang kukuh, mapan dan mantap.

Stigma bahawa DBP dan pendokong bahasa adalah lembik, tak berfungsi dan tidur harus ditangkis. Dan seharusnya langkah selanjutnya meminta menguatkuasakan kedaulatan Bahasa Melayu supaya tidak lagi diperlekeh. Tuntutan supaya Bahasa Melayu ini diperkasakan perlu diterjemahkan dalam bentuk penguatkuasaan undang2. Pihak2 yang mempersendakan Bahasa Melayu, yang memandang sepi Bahasa Melayu dan yang kurang ajar pada Bahasa Melayu perlu diajar bagaimana mendaulatkan Bahasa Melayu.

Kita tidak mahu lagi dengar dan lihat di Papan2 Tanda Kedai, di Iklan2 yang bergantung di tepi jalan, Iklan2 di media cetak dan eletronik kesalahan ejaan dan tatabahasa yang serius. Perogol2 bahasa ini harus dihukum. Perkasanya bahasa bila ramai orang menghormatinya. Daulatnya Bahasa bila mana org tahu menggunakan dengan betul.

Saya mencadangkan agar Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) kini perlu diubah kepada Gerakan Daulatkan Bahasa Melayu (GDBM). Perlu kesinambungan dalam perjuangan ini. Para Pejuang bahasa, usaha mu belum tamat lagi. Jika tidak mahu Bahasa Melayu senasib dgn bahasa latin, semarakkan lagilah api perjuangan mu itu.

Advertisements