Nampaknya isu MBAS merobohkan Rumah Penyembelihan Babi masih belum selesai. Semalam timbul pula di media arus perdana yang dikuasai oleh BN menyatakan bahawa Pegawai Daerah Pendang memaklumkan bahawa cadangan tapak Pusat Sembelihan Babi di Kampung Cina terpaksa ditolak akibat bantahan penduduk. Tetapi menurut kenyataan YAB Ustaz Azizan mengatakan bahawa tapak itu dipilih kerana majoriti penduduk disitu merupakan BUKAN ISLAM. Pelik betul, yang makan babi pun taknak apatah lagi yang di HARAMkan lagi tentu2 tidak mahu.

Dalam akhbar Berita Harian ada melaporkan anak kepada tuan tanah yang dipilih untuk di dirikan Rumah Penyembelihan Babi, Hokkey Din Teik membantah pembinaan Rumah Penyembelihan Babi tersebut. Jadi apa isu yang cuba dibawa oleh Thomas Soo. Adakah dia rasa boleh menjadi hero dengan menjuarai isu ini? Sedangkan orang bukan islam sendiri tidak mahu projek ini di kampung mereka apatah lagi orang islam.

Kini Thomas Soo mengungkit kisah lain pula. Antaranya syarat pemilikan rumah bagi projek perumahan yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Kedah keatas Syarikat Pemaju dimana 50% mestilah pembeli bumiputera. Seperti yang kita maklum, beberapa tempat di Kedah dan Perak Utara terutama yang bersempadanan dengan negeri Pulau Pinang kini menjadi tumpuan orang Pulau Pinang membeli rumah. Ini kerana harga rumah di Kedah adalah yang antara yang termurah di Malaysia. Dengan perbezaan harga hampir mencecah 40% mengikut spesifikasi yang sama antara Kedah, Perak Utara dan Pulau Pinang menyebabkan Orang2 Pulau Pinang beralih ke Kedah. Dengan jaringan perhubungan pengangkutan yang baik memudahkan lagi pergerakan orang ramai keluar masuk dari Kedah dan Perak Utara ke Pulau Pinang menyebabkan projek2 perumahan di Kedah dan Perak Utara tumbuh bagaikan cendawan.

Tapi lihat projek perumahan yang dibangunkan. Adakah mesra rakyat? Adakah adil dasar asal 30% kuota bumiputera untuk hampir 70% penduduk bumiputera dikawasan Perak Utara, Pulau Pinang dan Kedah? Majoriti projek perumahan adalah kos sederhana dan tinggi. Mana projek kos rendah? Rasanya tak sampai 40% pun dari bilangan rumah yang dibangunkan oleh syarikat pemaju perumahan di Kawasan Perak Utara, Pulau Pinang dan Kedah. Kenapa jadi macam tue? Tanya REHDA. Hanya si buncit tue sahaja yang tahu jawapanya.

Jika itulah corak pembangunan projek perumahan, bayangkan kat mana org melayu dan islam nak duduk dalam 30 tahun akan datang. Pandanglah wajah anak2 anda yang kecil itu, 30 tahun akan datang kat mana mereka nak merempat? Mmg lah setiap ibubapa impikan anak2 mereka berjaya tapi bukan semuanya yang akan berjaya. Bagaimana nasib mereka yang kurang baik nie? Bagaimana mereka yang berpendapatan bawah daripada RM 1500.00 nie nak duduk? Nak beli rumah, mampukah mereka?

Sebab tu saya amat berharap agar isu rumah ini dibincangkan dengan serius oleh pimpinan pertubuhan sahsiah yang ada di negara kita. Yang terdekat mungkin pada wacana ilmiah Dewan Pemuda PAS Pusat dengan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Walaupun isu ini nampak remeh tapi jika tidak di ambil tindakan, akibatnya amat teruk, ambillah iktibar dari nasib penduduk melayu di Singapura, Pulau Pinang, Lembah Klang dan Johor Bharu.

Baru satu isu ini, Insyallah jika diizinkan saya akan kupaskan pula isu lain yang ditimbulkan oleh Thomas Soo pada masa akan datang.

Yang atas pandanglah dibawah, hulurkan tangan kepada yang dibawah agar jangan pada satu masa nanti yang bawah ini akan menarik yang diatas terhumban kebawah. yang duduk diatas? Lu fikirlah sendiri !!!!!!!!!

Advertisements