Hari ni kecoh pasal DAP Kedah nak keluar daripada Kerajaan PR Kedah. Punca? Sebuah Rumah Penyembelihan Babi Haram yang beroperasi tanpa lesen sejak 30 tahun lalu di robohkan oleh Majlis Bandaraya  Alor Setar. Dan DAP Kedah tidak berpuashati dengan tindakan kerajaan negeri.

Apa pun tahniah atas ketegasan dan keberanian YAB Ustaz kerana melaksanakan keluhuran undang2. Tidak mengenal siapa, tetap tegas melaksanakan peraturan. Bayangkan 29 tahun Kerajaan BN Kedah tak berani nak usik walhal secara terang tidak punya lesen. SPRM kena siasat macam mana boleh begitu lama. Ada ke yang kenyang makan duit hasil sembelih babi? Atau wujud kecuaian dalam melaksanakan tugas. Haram tetap haram. Lagi pun tak logik bagaimana rumah sembelihan tue boleh beroperasi. Takkan kerajaan BN sebelum nie tak nampak. paling Tidak bau lah sikit kalau lalu area tue. Agaknya kereta mewah YB2 BN lalu tak berbau sampai dalam kereta agaknya. Lagi kalau tutup tingkap dan pasang air cond. Lagi tak perasan kut. Yang pikulnya, penduduk kawasan yang berhampiran.

Saya amat berharap agar langkah YAB Ustaz Azizan diikuti oleh MB Pakatan Rakyat yang lain. Kalau dah haram dan salah mesti dikenakan tindakan. Tak kira lah kalau org sendiri yang terlibat. Jika tidak apa bezanya PR dgn BN? Jawapannya sama sahaja lah. Sanggup korbankan segala galanya termasuk akidah yang dipegang demi kuasa dan kemenangan. Yang berhak mesti diberi hak. Yang dapat secara haram perlu di ambil tindakan agar yang teraniaya dapat di bela nasibnya. Bukan sekadar retorik cerama semata mata. Perlu ada keberanian dalam melaksanakan keadilan.

Apa pun sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada YAB Dato` Seri Ustaz Azizan Abd Razak. Semoga Kedah Maju, Aman dan Makmur dibawah pimpinan YAB Ustaz.

Advertisements