Setelah berfikir begitu lama dan mengkaji pelbagai faktor akhirnya Saya dan isteri telah membuat keputusan untuk melakukan pelaburan kedua terbesar dalam hidup kami berdua iaitu membeli sebuah kereta. Ketika ini kami berdua menggunakan kereta Proton Wira 1.3 M tahun 2002. Baru jer habis bulan nie. Insyallah petang nie sapat lah release letter dan geran asal bagi kereta ni.

Pada mulanya tak mahulah berhutang lagi. Nak berehat sebentar. Tapi semakin menjadi jadi penyakit kereta proton kami nie. Yang terbaru cooling coil air cond pula yang bocor. Tahun lepas baru jer ganti. Tanya kat kedai dia mintak RM 300.00 siap pasang. Pening kepala memikirnya. Dalam masa 3 tahun nie kami dah habis hampir RM 4000.00 untuk membaiki kerosakan kereta nie. Sakit kepala sungguh.

Dalam 2 minggu tue habis semua showroom kereta kitaorang pergi. Kami nekad nak trade in jer kereta nie. Dah rasa tak lalu nak pikul dah. Macam tak berbaloi jer. Rasa di hati minat juga dengan Proton Persona SE tapi isteri dah serik nak pakai proton. Reputasi yang terlalu teruk. Akhirnya tinggal 2 model dalam senarai akhir iaitu Honda City E variant dgn Toyota Vios G variant.

Setelah menilai dari pelbagai sudut akhirnya kami memilih Toyota Vios Variant G warna putih. Nilai trade in yang tinggi untuk kereta wira iaitu RM 15000. Kadar faedah yang rendah daripada Toyota Capital iaitu 2.68% bagi tempoh pinjaman 9 tahun adalah yang terendah dalam pasaran ketika ini. Hanya RM 787.00 sebulan kurang dari sasaran budget tidak ebih daripada RM 900.00 sebulan yang kami sasarkan untuk bayaran ansuran kereta. Lagipun kami tempah pada adik ipar abang pa ( Abg no 2 isteri ) Mr Adlin dari Toyota Ipoh. Tq Adlin kerana banyak membantu.

Selain daripada itu kami memilih Toyota Vios kerana model ini sudah stabil. Di kawasan Taiping cukup mudah untuk lihat Toyota Vios menjalar diatas jalan raya. Lagipun Toyota Vios masih kekal sebagai kereta bukan nasional dalam kelasnya yang mencatat jualan tertinggi di Malaysia untuk separuh tahun pertama 2009. Dengan prestasi khidmat lepas jualan yang baik dari Toyota Malaysia serta kos selenggaraan dan bahan api yang rendah menyebabkan kami memilih Toyota Vios.

Kepada Proton bukan kami tak mahu sokong tapi Proton kena buktikan setidak tidaknya perlu hampir setanding dengan Toyota. Buktikan Proton. Ini cabaran kami suami isteri kepada Proton.