Sudah hampir setahun berlalu ayahanda ku pulang ke rahmatullah. Emak pun sudah semakin tabah menghadapi ujian dari Allah SWT.  Malam minggu lepas emak buat kenduri tahlil memperingati arwah abah. Sekali dgn doa selamat untuk lilik ( Adik no 3 ) yang sedang hamil anak sulung. Orang Jawa panggil Mampati.  Alhamdulilah, semakin besar keluargaku.

Malam lepas kenduri aku keluar dgn Iwan ( adik ku no 2 ) minum di Sg Besar. Tgh syok minum sambil bersembang sembang kosong aku nampak seorang lelaki cina gemuk berjalan jalan seorang diri diekori oleh hampir sepuluh ekor anjing liar. Nama dia Ah Seng. Kesian aku tgk Ah Seng nie, Sejak Ibunya meninggal dunia dah semakin tak terurus. Lepas Ah Seng Masuk ke restoran tempat aku dan iwan minum. Anjing pun ikut masuk. Kelam kabut pekerja Restoran Seri Kassim tue halau anjing2 tue. Aku tgk Ah Seng makan. Iwan cakap mmg tiap2 malam dia dtg minta makan kat restoren nie dan owner dia Nazir kawan kami satu sekolah bagi makan percuma pada si Ah Seng.

Iwan bagi tahu bila emak si Ah Seng dan kembarnya meninggal dunia si Ah Seng nie dibuang oleh adik beradiknya yang lain. Tiap2 hari dia kan merayau rayau disekitar pekan Sungai Besar. Dia makan apa yang orang beri. Ada yang kenal bagi duit sedikit dan ada yang bagi makanan, buah ataupun air.  Tapi yang menyedihkan aku ada segelintir manusia yang berbangsa melayu dan islam mengupah si Ah Seng nie beli tiket nombor ekor kerana takut ditangkap oleh JAIS. Rasa marah pun ada dalam diri. Sungguh tak bermaruah dan jahiliah sungguh orang2 tue.

Bila malam si Ah Seng akan diekori oleh anjing2 liar yang berkeliaran sekitar pekan. Seolah olah anjing2 tue menjaga si Ah Seng. Lepas dia makan kat Restoren Sri Kassim tue Ah Seng tidur dekat pondok telefon yang berhampiran. Anjing2 tue mengeliling si Ah Seng. Ada yang tidur ada yang seolah olah menjaga si Ah Seng. Aku terharu sungguh. Allah SWT telah tunjukkan pada ku kebesaranya. Bagaimana seorang yang kurang sifat akalnya dapat mengawal anjing2 liar tue. Dan sayangnya anjing2 liar tue pada Ah Seng.

Aku teringat pada emak dan adik2. Kalau anjing pun tahu rasa sayang kalau aku tak tunaikan amanat dan tanggungjawab yang arwah abah tinggalkan pada aku maknanya aku lebih teruk daripada anjing. Orang2 yang buang ibubapa mereka yang tua, adik beradik mereka yang cacat dan anak2 kecil tue lebih hina daripada anjing2 liar di Sungai Besar. Ya Allah kurniakan aku rahmat agar dapatku pikul tanggungjawab ini. Aku tak mahu lebih hina daripada anjing2 liar yang berkeliaran di Sungai Besar. Amin…