Malam td dalam pukul 10 saya terjaga. Terlelap awal sbb badan tak berapa sihat sangat. Letih pun iyer jugak. Cuaca cukup panas, baring kejab kat bilik pasang penghawa dingin terus terlelap.  Bangun bukak tv, ada perlawanan Piala Konfederasi yang berlangsung di Afrika Selatan. Pasukan Iraq selaku Juara Piala Asia menentang Sepanyol Juara Piala Eropah. Keputusan Perlawanan? Memang mengejutkan Sepanyol sekadar menang 1-0.

Saya tonton sehingga habis perlawanan tersebut. Mmg saya kagum dengan semangat juang yang dipamerkan oleh pemain2 Iraq berdepan dengan pemain2 Sepanyol yang bernilai jutaan euro. Rasanya dengan harga Fernando Torres sahaja sudah mampu membeli hampir keseluruhan pemain2 dalam skuad kebangsaan Iraq. Malam td, walaupun Cecs Fabregas tidak diturunkan tetapi dengan kehadiran pemain seperti Fernando Torres, David Villa, Xavi Hernandez, Xabi Alonso, Sergio Ramos, David Silva dan Iker Casillas ditambah dengan reeputasi selaku juara Piala Eropah sepatutnya Gawang Iraq hanya mampu menadah berapa biji gol yang disumbat oleh Pasukan Sepanyol. Jika nak dibanding secara atas kertas umpama Kereta Ferrari berlumba dgn Proton Saga.

Pasukan Iraq mempamer persembahan yang cukup baik. Dengan taktikal yang disusun oleh salah satu jurulatih yang dianggap antara yang terbaik di dunia, Bora Militunovic dan diterjemahkan dengan begitu bertenaga dan semangat tempur dan juang yang begitu tinggi Pasukan Sepanyol kelihatan begitu terkial kial untuk menembusi benteng pertahanan pasukan Iraq. Cuma sedikit kealpaan benteng Iraq bila David Villa yang langsung tidak dikawal menanduk masuk hantaran silang Capadevilla.

Bila tgk perlawanan tersebut terdetik kenapa pasukan kebangsaan Malaysia tidak punyai semangat juang yang sebegitu rupa. Tidak segigih dan sekental pasukan Iraq. Tidak sejitu pemain Iraq menyaingi pemain Sepanyol pada setiap detik hingga boleh katakan hampir tiada langsung ruang untuk pemain Sepanyol bernafas lega kecuali ketika gol tunggal Pasukan Sepanyol dijaringkan. Sebagaimana pejuang2 Islam di bumi Iraq yang sedikit pun tidak gentar berdepan dengan Angkatan Pihak Bersekutu yang menakluki negara mereka sekarang ini.

Walaupun pejuang2 tersebut berdepan dengan satu angkatan yang boleh dikatakan yang terkuat didunia. Lengkap dengan persenjataan yang moden dan terkini. Kuasa Tembakan yang begitu mengerunkan namun sedikit pun tidak dapat mengusik keyakinan pejuang2 islam di Iraq untuk menghalau Angkatan Musuh. Apa yang dipersembahkan di padang oleh Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Iraq adalah terjemahan dari apa yang ditonjolkan oleh pejuang islam di Iraq yang sedung bergelut bermati matian menghalau Pasukan Penceroboh yang yang menakluki negara mereka.

Jadi pada rakyat Malaysia, Banyak yang boleh kita ambil dari peristiwa ini. Pasukan Iraq menjadi Juara Asia di bumi bertuah ini. Ambillah teladan untuk kita melakukan anjakan paradigma membina negara kita menjadi satu negara Islam Contoh dalam ertikata sebenar.

Advertisements