Nampaknya dewasa ini isu Kerajaan Perpaduan (UG) begitu hangat diperkatakan. Daripada saf pimpinan PAS hinggalah lapisan akar umbi. Dari Dewan muktamar hinggalah ke meja kedai kopi. Ada yang menerima dengan baik ada juga yang tidak dapat terima. Ada yang mampu bincang perkara ini secara ilmiah dan rasional, Tetapi ada juga yang langsung tidak rasional hingga menepikan adab2 dalam berjemaah.

Lontaran idea daripada Tuan Guru Tuan Haji Hadi Awang ini tidak sepatutnya menjadikan kita berpecah belah, saling bercakaran dalam jemaah. Apapun pendapat kita tidak sepatutnya kita bertempur sesama sendiri. Ada musuh yang jauh lebih penting untuk kita hadapi bersama. Dewasa ini kita berhadapan dengan begitu banyak cabaran. Golongan Islam Liberal, Golongan Anti Hadis dan bermacam lagi yang perlu kita hadapi bersama. Dengan cabaran yang begitu hebat dan kawasan pertempuran yang pelbagai dari pentas politik hinggalah ke alam cyber segenap kekuatan dan kekuasaan perlu digembelng dan di koordinasikan untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang. Dengan keadaan ekonomi serta politik global sekarang bukan mudah untuk kita menghadapi serangan yang bertali arus dalam perjuangan kita menegakkan hukum allah di bumi yang bertuah ini.

Ketika ini dapat kita dengar pelbagai ulasan dan pendapat tak kira dari saf pimpinan PAS mahupun pimpinan parti komponen Pakatan Rakyat mengenai lontaran idea ini. Tidak ketinggalan pemimpin dari Barisan Nasional tak lupa juga tumpang sekaki bagi memanaskan keadaan. Pelbagai pendapat dan kenyataan dikeluarkan. Ditambah lagi dengan kesan pertempuran pada pemilihan pada muktamar yang lalu menjadikan suasana menjadi lebih hangat dan panas. Masih ada lagi yang terluka dan tercedera.

Sewajarnya pimpinan dalam PAS dan Pakatan Rakyat menjadikan apa yang berlaku pada UMNO khususnya dan Barisan Nasional amnya sebagai renungan dan pengajaran. JANGAN diulang apa yang telah dilakukan oleh pimpinan UMNO. Bila sudah tiada dalam diri kepentingan perjuangan dan meletakkan kepentikan pribadi, puak dan juak sebagai yang utama akhirnya Pakatan Rakyat akan jadi seperti Barisan Nasional dan saya percaya akan jadi lebih teruk, hina dan jijik daripada Barisan Nasional.

Bukan tidak boleh mengkritik tapi biarlah kena cara dan adabnya. Ingatlah wahai pimpinan PAS, anda bukan sahaja bertanggungjawab pada hamba rakyat marhaen yang dipimpin tetapi anda juga bertanggungjawab pada Allah SWT kerana yang anda bawa itu perintahnya. Jadi saya amat mengharapkan agar isu ini tidak lagi berterusan. Langkah menganjurkan debat antara 3 Ketua Pemuda parti dalam Pakatan Rakyat untuk membincangkan perkara ini amatlah dialu alukan sebagai langkah permulaan bagi menjernihkan keadaan. Mungkin pada peringkat lebih tinggi lagi perlu juga diadakan.

Kepada yang bawah2 tue. Janganlah jadi Ahli Majlis Syura Haram, secara membabi buta dan sesuka hati membuat kenyataan dan pendapat tanpa merujuk pada sumber yang sahih. Cukuplah kita ada Menteri Besar Haram, EXCO Haram dan Speaker DUN Haram. Jangan ditambah perkara Haram lagi kat Malaysia. Dah banyak sangat. Takut ditimpa bala macam Acheh jer nanti.

Disini saya amat mengharapkan Tuan Guru Nik Aziz serta Tuan Guru Haji Hadi Awang dapat meredakan suasana. Menjernihkan keadaan yang sudah kelam kabut. Mohon dapat kiranya memberi penjelasan dan pemahaman dalam kita menguatkan saf barisan pejuang2 kita dalam menegakkan Hukum Allah di muka bumi yang bertuah ini. Insyallah.