Minggu lepas seminggu saya pulang ke Kampung isteri di Rusila, Marang. Sungguh letih dengan perjalanan selama 9 jam dari Taiping. Tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab sebagai seorang anak menantu. Minggu lepas juga jadual penuh dengan kenduri kendara. Hari Ahad hantar anak ayah chik (Adik Ibu Mertuaku ), Abd Rahman acar akad nikah di Kuala Ibai, Malam majlis resepsi di Terengganu Equasterian Resort, Kuala Ibai. Keesokan harinya Majlis menyambut menantu di rumah ayah chik di rusila pula. Mmg meriah. Letih juga lah bersama sanak saudara yang lain mengurus majlis. Bagi saya penat pun berbaloi kerana waktu nielah boleh bertemu sanak saudara yang jauh2. beramah mesra. Tetamu pun ramai jugak. Cuaca kat Terengganu panas sungguh. Sebab bertugas kat bahagian air minuman dan tembikai entah berapa jag air dan entah berapa biji tembikai saya balun pun saya tak tahu.

Hari Khamis rumah abg mat ( Sepupu Isteri ku ) pulak. Pun dekat rusila jugak. Hari Rabu dah buat persiapan dah. Petang Khamis fadli anak pok merchang akad nikah di Kg Sentol Patah. Lari sana kejab bawak ayah.  Ayah jadi saksi akad nikah. Habis program di Sentol Patah lari balik rumah abg mat bantu uruskan kenduri kendara. Sampai ke petang. Kesian tgk org rumah, dah lembik kepenatan dah. Apa taknya berturut turut.

Hari sabtu pulak ke rumah pok merchang ( Adik Ayah Mertuaku ) di merchang. petang tue dekat 1 pikul ayam kitorang goreng. muka macam rasa rentung dek bahang kuali goreng ayam. Abg In dan Abg Lah kontrak sembelih kerbau dah lapah kerbau. Dekat pukul 11 malam baru balik ke Rusila. Saya pulak esoknya masa kenduri tak dapat datang sebab kena balik Taiping. Cuti sampai hari ahad jer isnin kerja. Lagipun nak travel balik tak mahu sampai lewat sangat kat taiping.

Hari Isnin aku terus tak larat, demam, Rasa tekak perit sungguh. Doktor Azhar cakap tekak dah bengkak nak bernanah. Berkat minum air ber ais terlalu banyak. MC 2 hari, namun itu semua berbaloi sebab aku memnunai tanggungjawab ku sebagi ahli keluarga.

Advertisements