Entah mengapa sejak akhir2 ini polemik Bahasa Inggeris terlalu ditekankan. Entah mengapa saya sendiri naik tak faham. Alasan yang diguna oleh pihak majikan ( Majoriti Bukan Islam dan Melayu ) menyatakan bahawa graduan dan lepasan sistem pendidikan tak fasih berbahasa inggeris menyebabkan mereka tidak memilih mereka sebagai pekerja hanya polemik semata mata. Yang lagi saya tak faham macam mana kerajaan boleh tunduk pada tokey2 besar nie dengan membuat dasar yang tidak masuk akal seperti PPSMI. Adakah kerana pimpinan kerajaan hanya membuat helah atau kenyap ( Kenyang dan Senyap ) di suap dek tokey2 besar?

Pada pemerhatian saya polemik ini bermula bila negara dilanda kegawatan ekonomi pada akhir 90an. Dimana begitu ramai siswazah menganggur ( mcm saya jugak waktu tu ). Tapi betulkah siswazah kita tak fasih bahasa inggeris? Siswazah cina dan india tue fasih sangat ker? Saya rasa kalau ada pun hanya sedikit. Tapi pengalaman saya pergi entah berapa ratus dan ribu kali temuduga pada peringkat awal mmg tokey2 besar nie letak syarat bahasa inggeris tapi bila dah masuk yang tapisan akhir dia letak sayarat tambahan iaitu bahasa mandarin. Apa kejadahnya letak syarat bahasa mandarin. Temuduga hanya sekadar topeng semata mata. Baik letak terus syarat hanya untuk bangsa yang makan khinzir sahaja. Kan mudah. Tak lah letih sangat nak ulang alik temuduga tue. Nak Harap kerja kerajaan kalau takder cable sebesar longkang payahlah nak dapat.

Balik kepada cadangan TPM tersebut adakah kita bersedia untuk menerima 30% calon SPM ( Majoriti Melayu dan Islam ) gagal SPM? Kalau tak silap kadar purata lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM berlegar pada sekitar 70% hingga 80%. Adakah sudah ada perancangan dan strategi yang komprehensif untuk menangani masalah ini. Atau sekadar turunkan markah lulus mata pelajaran bahasa inggeris dapat selesaikan masalah ini? Persoalan ini perlu dijawab oleh lembaga2 besar dan hitam yang duk tertungguk kat Kementerian Pelajaran Malaysia!!

Pada hemat saya ini sekadar polemik hasil rentetan isu PPSMI yang di bantah hebat oleh rakyat. Kemeterian Pemdidikan harus kemukan pelan tindakan pelaksanaan dan hanya dilaksanakan bila sistem pendidikan sudah benar2 bersedia untuk dilaksanakan. Bukan secara tergesa gesa dan membuta tuli. Ingatlah yang dipertaruhkan ialah masa depan anak2 kita yang islam dan yang melayu. Ini bukan satu pelemik politik ataupun bahan ujikaji yang boleh dibuat main2.

Advertisements