Nampaknya buat kali ke 7 selepas PRK Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Air dan Penanti sekali lagi Rakyat Malaysia akan berhari raya demokrasi dimana rakyat diberi hak untuk memilih wakil mereka. Kedudukan sekarang nie 5 -1 berpihak kepada Pakatan Rakyat. Nampaknya seluruh lensa kamera arus perdana mahupun alternatif akan tertumpu ke kawasan DUN Manik Urai.

Setelah merehatkan enjin di PRK Penanti, ( Mungkin buat top overhaul kut ), Barisan Nasional sekali lagi masuk gelanggang pertembungan. Dengan ini tradisi pertembungan 2 gergasi politik tanah air berlangsung kembali. Pertembungan klasik ( mcm dulu2 gak) antara UMNO (BN) dan PAS (PR) pasti akan menghangatkan lagi suasana.

Nampaknya melalui media arus perdana UMNO sudah mula berkempen, ada yang tidur dirumah org kampung dan mcm2 lah lagi aktiviti yang dibuat. Begitu juga dengan PAS, Pasti legasi Pak Su akan diteruskan lagi dalam kesinambungan kepimpinan ulama di dalam Pentadbiran Negeri Kelantan. Apapun pastinya UMNO menggunakkan PRK Manik Urai sebagai satu titik kebangkitan selepas dimalukan dalam semua PRK kecuali di Batang Air. Dengan jentera baru yang dibentuk pastinya akan digunakan sepenuhnya oleh BN. Namun dengan keutuhan dan kekuatan yang ada pada PAS kelantan dibantu oleh jentera yang sudah terbukti mantap pada 5 PRK yang sudah di menangi impian UMNO pasti menemui jalan sukar. Dengan barisan saf pimpinan negeri dan parti yang dimiliki rasanya tak sukar untuk PAS Kelantan mempertahankan kerusi DUN Manik Urai.

Kepada para petugas PAS selamat bertugas dan selamat berjuang. Semoga kemenangan berpihak kepada kita Insyallah.

Advertisements