Dewasa ini kita dapat lihat pusat tuisyen tumbuh bagai cendawan yang malar segar, Tanaga Pengajar? Dikalangan cikgu2 jugaklah jugak,  Ada jugalah peluang cikgu2 nak cari part time, Kalau Pusat2 Tuisyen yang terkenal cikgu2 dia adalah dikalangan Pemeriksa2 kertas soalan dan penggubal soalan peperiksaan awam sperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Begitu tinggi permintaan menyebabkan harga tusiyen melambung naik. Macam saham juga lah, semakin banyak penawaran semakin tinggilah harganya.

Bagi saya ini menunjukkan bagaimana begitu tertekannya ibubapa sekarang dalam memastikan anak berjaya. Faktor persaingan yang begitu sengit dalam bidang sosio ekonomi menuntut pelaburan yang begitu besar dari ibubapa. Dikawasan pembangunan utama seperti lembah klang, pulau pinang dan johor bharu saya yakin hampir RM200.00 sebulan dan mungkin lebih diperuntukkan oleh ibu bapa untuk tuisyen anak sahaja. Ini menekan ibubapa supaya berusaha menjana pendapatan sampingan bagi memenuhi tuntutan kewangan keluarga. Rata2 golongan kelas menengah bawah yang punya pendapatan purata isi rumah lebih kurang RM3000.00 sebulan mempunyai 2 pekerjaan dalam sesuatu masa. Mungkin pagi hingga petang berada di pejabat sebagai pembantu tadbir dan disebelah malam jadi peniaga pasar malam. Keadaan ekonomi dengan harga barangan keperluan semakin meningkat lebih menekan mereka.

Apatah lagi saingan merebut tempat ke SBP dan IPTA semakin sengit. Bilangan pelajar yang cemerlang juga semakin meningkat. Memaksa ibubapa menekan anak2 untuk mencatatkan sesuatu yang extraordinary sebagi satu aset dalam persaingan sengit. Dengan ini anak2 terus ditekan secara terus menerus dalam memastikan kejayaan akademik mereka. Ada yang seawal darjah 1 sudah dihantar ke macam2 kelas tambahan, kem motivasi dalam memastikan persiapan anak2 menuju ke peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Dengan ini hubungan anak dengan ibubapa menjadi renggang. Ibubapa tidak punya banyak masa dengan anak2, Dengan kerja hakiki ditambah dengan kerja sampingan demi untuk menjana pendapatan menyebabkan ibubapa tiada masa untuk anak2. Segala pendidikan asas sudah disubkontrakan kepada pihak ke 2 dan 3. Ada yang lebih malang lagi pendidikan agama langsung terabai dek penangan untuk mengejar pencapaian akedemik pada peperiksaan awam. Tanyalah para ustazah2 dan ustaz2 di sekolah, bilangan yang buta jawi, ( dah kompom alquran tak tahu ) cukup menakutkan. Isteri saya yang mengajar di Sekolah Berasrama Penuh pun terdapat murid2 yang buta jawi. Sekolah dimana murid2nya terpilih, dan mencatatkan keputusan yang baik di UPSR dan PMR. Bagaimana lah pula keadaan di Sekolah harian di luar sana?

Ibubapa menganggap anak2 mereka umpama angsa bertelurkan emas. Dengan pelaburan yang begitu tinggi, dengan memenuhi segala kehendak dan keperluan anak, mereka beranggapan bahawa anak itu tak mungkin gagal. Kalau gagal tu salah org lain, salah cikgu, salah kawan2 dan salah masyarakat. Bukan salah ibubapa dan anak. Mereka beranggapan segala yang diperlukan oleh anak itu sudah mereka penuhi.

Tapi mereka lupa perkara yang paling penting dan yang paling asas iaitu didalam hati mereka perlu disemai kasih sayang dan cinta kepada ibubapa, keluarga dan masyarakat. Hati mereka wajib di isi dengan iman dan takwa kepada Allah dan Rasulnya. Sentiasa dalam hati mereka ruh islam yang kukuh sebagai perisai dalam memenuhi pengharapan dan cita2 mereka, keluarga dan masyarakat. Insyallah jika mereka tersesat mereka akan mampu pulang ke pangkal jalan. Kita renung2kan lah.