Cabaran terbesar seorang cikgu dewasa ini bagaimana untuk menangani murid2 zaman moden ini yang lebih sofistikated. Murid era abad 21 ini jauh berbeza sekali jika kita bandingkan dengan murid era 60an, 70an dan 80an. Amat jauh berbeza sekali. Dari segi sikap, metaliti, asas agama, malahan bilangan juga amatlah berbeza sekali. Dapat juga kita lihat bagaimana murid2 pada ketika ini kelihatan begitu terdesak memenuhi piawaian, kehendak, pengharapan dan cita2 yang begitu tinggi sekali daripada diri sendiri, ibubapa, keluarga dan masyarakat. Tekanan dan asakan dari luar dan dalam ditambah dengan asas sosio ekonomi keluarga dan masyarakat yang jauh sudah berubah menyebabkan murid2 ini menjadi satu kelompok yang begitu sukar untuk ditangani oleh cikgu2.

 Faktor murid ini amat berkait rapat dengan ibubapa dan masyarakat yang membentuk asas kepada murid tersebut. Kita boleh lihat bagaimana begitu berbeza sekali murid2 yang datang dari kuaters kerajaan, taman perumahan, tanah rancangan felda, kampung tradisional dan setinggan. Gaya pemikiran mereka begitu berbeza sekali. Ini kerana keluarga dan masyarakat sekeliling yang membentuk asas kepada murid tersebut. tahap sasaran mereka juga berbeza beza. Kalau di kawasan yang tahap sosioekonomi nya masih rendah kita masih lagi dapat dengar jika guru bertanya apa cita2 murid, masih lagi ada yang sebut askar, jururawat, guru dan polis. Ada juga yang advance tetapi  bilangan mereka agak sedikit. Kalau dikawasan yang sosioekonomi yang tinggi kedengaran cita2 untuk jadi jurutera, arkitek, pensyarah dan doktor merupakan sesuatu yang amat sinonim.

Namun begitu ada satu persamaan antara dua kelompok yang besar ini, dalam fikiran mereka sudah ditanam untuk belajar setinggi yang boleh, habis belajar cepat2 kerja, beli kereta dan kahwin. Kereta kalau boleh yang terhebat dan terkini di Pasaran. Murid2 ini terdesak untk melakukan satu pencapaian yang mesti jauh lebih hebat yang dicapai oleh keluarga mereka. Kalau ibubapanya pakai kereta proton wira paling lekeh anak dia mesti pakai Toyota Vios. Kalau Ibubapa kerja Pembantu Tadbir @ Operator Kilang, anak mereka paling tidak juruteknik @ Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Ini amat berbeza jika kita bandingkan dengan murid2 pada era 50an hingga 80an dimana ibubapa tidak begitu menekankan sasaran akademik pencapaian sosioekonomi. Pada waktu itu ibubapa lebih menekankan aspek pembangunan rohani anak2, Apa yang mereka mahu anak2 menjadi insan yang berfungsi sebagai anggota keluarga dan masyarakat yang baik. Sebagai satu contoh ububapa lebih pentingkan kehadiran tuisyen anak2 daripada menghadiri kenduri kendara saudara mara pada waktu cuti sekolah.

Bagaimana harus kita imbangi antara tuntutan pembangunan sosioekonomi anak2 dengan pembangunan insan anak2? Kita renung renungkan lah!

Advertisements