Pelan keratan Rentas RumahHari jumaat lepas, saya ke syarikat pemaju perumahan tempat saya dan isteri membeli rumah, Taiping Saujana Sdn Bhd untuk bincang mengenai rumah yang kami beli. Tujuanya untuk membincangkan sedikit kerja2 tambahan membabitkan plumbing dan electricty rumah tersebut.

Pelan Plumbing Add

Untuk kerja2 paip, saya terpaksa menambah pili paip di setiap tandas didalam rumah. Sebabnya pemaju hanya menyediakan shower/kolah, singki tandas dan mangkuk tandas sahaja. Jadi terpaksalah tambah kalau tak leceh, nak ambil wuduk pun payah nanti. Diruang membasuh di belakang rumah saya tambah 2 pili air, satu untuk mesin basuh dan satu lagi utk kegunaan am. Saluran untuk membuang air dari mesin basuh saya buat jugak. Kira OK lah kut, Cuma buat yang mana perlu sahaja.

Pelan susun atur eletrik

Untuk kerja eletrik tambahan, saya guna sistem 3 phase untuk rumah, memikirkan banyak juga alat eletrik yang kuat seperti Air Cond (2), satu master bedroom (1.5HP) dan satu bilik tetamu (1HP), ada 23 point lampu diseluruh lampu dan lebih kurang 25 point 3 pin plug. Jadi dah tak payah nak buat lagi dah, rasanya dah cukup. Ok gak lah.

Untuk kerja tambahan lain saya minta pemaju buatkan slap dapur dan dipasang mozek sekali, lubang untuk Hood Dapur pun saya minta buat sekali. Senang tak payah buat 2/3 kali kerja. Sayang rasanya nak pecahkan tile rumah kalau nak buat kemudian, Kabinet dapur rasanya tak buat lagi kut sbb tunggu budget lain. Lagipun kat slap daput tue pun dan boleh masak. Manalah tahu insyallah ada bonus untuk kakitangan awam tahun nie ke @ tahun depan, Bolehlah spend untuk buat kabinet dapur.

Banyak juga habis duit nak masuk rumah nie, setakat nie lebih kurang RM8,000.00 gak hanya untuk pemaju, belum masuk lampu, kipas, aircond dan jeriji untuk tingkap, pintu dan sliding door. Saya dan isteri pakat nak bayar sikit2 bulan2 kepada pemaju, Dalam RM 300.00 sebulan untuk bayaran diatas tadi,So insyallah masa masuk rumah nanti tak lah sesak sangat nak keluar duit sekali gus. Kalau ikut pemaju, Jika takde sebarang masalah sebelum puasa boleh masuk rumah, dalam bulan7 @ 8 boleh masuk rumah dah. So ada lebih kurang setahun lah untuk nak masuk rumah. Nasib baik kereta habis bulan 6 nie so adalah extra RM560.00 sebulan. lega lah sikit, boleh diadjust masuk.

Patutlah kawan2 kata mmg jerih nak masuk rumah nie. Kalau setakat RM10,000.00 sap sap suey jer licin. Pelan2 kayuh lah yer.

Advertisements