Alhamdulilah, lulus juga pinjaman perumahan yang kami pohon ke Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia. Si Awe bakal jiran kami dah dapat surat. Kami belum tapi kami dah check secara online di Laman Sesawang http://bpp.treasury.gov.my/index.php. Tapi yang kami terkejut ialah bagaimana ansuran bayaran bulananya meningkat. Sebelum ini jika memilih insurans Takaful Ikhlas bayaran bulanan tak sampai seribu tapi sekarang nie dah jadi RM 1061.84. Hairan juga. Ada sahabat isteri buat pinjaman perumahan dgn nilai RM 230,000.00 bayaran bulananya lebih kurang RM 1200.00. Pelik juga didalam hati.

Selepas dirujuk pada Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia, rupa2nya ada peningkatan dari segi charge insurans yang dikenakan pada pembeli. Baru saya perasan masa hidupkan insurans dan cukai jalan motorsikal arwah abah dulu mmg naik. Sebelum nie dalam RM50.00 untuk roadtax dan insurans la nie dah cecah RM 80.00. Kenapa tiada pemberitahuan pada peringkat awam. Maafkan saya kalau terlepas pandang tapi rasanya saya jarang miss beli surat khabar hari2. Dengan Harakah sekali saya beli. Hairan juga.

Dalam keadaan eknomi yang tidak menentu dan serba tertekan saya tak nampak sebarang kewajaran kenaikan charge insurans ini. Setahu saya charge ini dibawah kawalan Bank Negara. Bagaimana ia diluluskan? Adakah lansung tak diambil kira keadaan ekonomi semasa? Adakah tidak diambil kira tekanan yang ditanggung oleh rakyat? Ingat lah wahai Cik Puan Gabenor Bank Negara, kalau kenaikan RM 10.00 sekalipun sebulan kena kali dengan 300 bulan. Berapa banyak perbezaan tue? Belum dikiran keadaan sekarang apatah lagi dgn kenaikan harga minyak RON98 daripada RM1.80 seliter kepada RM2.00 seliter. Automatik semua harga barang akan naik.

Keadaan ekonomi sekarang amatlah teruk dan mendukacitakan. Saya ke kedai yang menyediakan perkhidmatan memasang Kabinet Dapur. Peniaga itu bagitahu Quatation ini hanya untuk 2 minggu sebab harga barangan tidak stabil. Yang pasti selepas 1hb September harga barang mentah seperti kayu dan simen pasti akan naik. Mana janji kerajaan untuk mengutamakan rakyat? Saya harap DS Najib boleh jawab perkara ini @ diam membisu mcm diam dalam isu Altantuya.

Dengan ini saya yakin rakyat semakin tertekan. Insentif yang diberikan kepada kakitangan awam peringkat kumpulan sokongan amatlah dihargai tapi apa  gunanya jika Insentif itu tiada nilai nya dalam pasaran. Kalau kenaikan ada lah RM10.00 tapi kenaikan harga barang, harga minyak dana lain2 lagi tiada gunalah kenaikan itu. Baik tak payah bagi, lagi bagus.

Lepas nie mula lah REHDA merungut takde orang nak beli rumah, rumah tak laku, habis mcm mana rakyat nak beli jika harga dah tahap kena Influenza A H1N1. Insentif dari pihak kerajaan takde malah nak kikis lagi duit kakitangan awam yang dah mmg tak berapa nak ada. Apa ni? Adakah ini sikap pemimpin yang bertwadduk dan berjiwa rakyat? Adakah ini kerajaan yang membela rakyat Marhaen yang serba susah @ membela taukey2 kaya supaya menjadi lebih kaya dan senang nak buat kira?

Apapun kerajaan kini perlu lebih kerja keras. Jangan fikir rakyat bodoh dan boleh diperbodohkan. Jangan sesekali pandang rendah kuasa rakyat. 2/3 majoriti dah tak dapat. Ramai penganalisa politik menyifatkan tsunami politik berlaku pada PRU12. bagi saya itu hanya ayat yang dugunakan oleh pemimpin kerajaan yang sudah lupa asal usul mereka. Untuk membela nasib rakyat. Sudah terlupa cogan kata Tradisi Membela Rakyat. Itu sebenarnya adalah tanda amarah rakyat pada pimpinan sekarang. ITU ADALAH HAKIKAT SEBENAR YANG BERLAKU PADA PRU12.

Advertisements